Selasa, 10 Januari 2012

PEMINDAHAN MUKA KE-19 DI DUNIA BERJAYA DILAKUKAN

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Pakar bedah Belgium berjaya mencipta rekod melakukan pembedahan pemindahan muka untuk kali ke-19 di dunia, sekaligus pembedahan yang pertama di negara itu..

Seorang doktor menunjukkan contoh tengkorak pesakit yang menjalani proses pemindahan muka di Hospital University Ghent di Belgium, kelmarin. - AFP



BRUSSELS 8 Jan. - Pakar bedah Belgium berjaya melakukan pembedahan pemindahan muka untuk kali pertama di negara itu, sekali gus yang ke-19 di dunia.

Ketua pasukan bedah Hospital Universiti Ghent, Phillip Blondeel berkata, seramai 65 doktor bedah termasuk staf perubatan terlibat dalam pembedahan yang berlangsung selama 20 jam itu pada awal minggu ini terhadap seorang lelaki Belgium yang mengalami kecacatan di bahagian muka.

"Dia (pesakit) berada dalam keadaan baik dan semakin pulih selepas hari keenam. Dia juga sudah mampu minum air," katanya.

Blondeel berkata, pesakit terbabit, yang namanya tidak didedahkan, sudah mampu bercakap, sekali gus melangkaui jangkaan doktor.

Pesakit itu kehilangan kulit di bahagian tengah mukanya, termasuk bibir, otot dan saraf muka.

Pembedahan muka kali pertama dilakukan terhadap seorang wanita Perancis, Isabelle Dinoire pada 2005. - AFP




P/S: Fuh! Sekadar boleh kagum.. Bukan senang nak buat pembedahan muka ni..

Sekian, Wassalam

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

:: MENU ::

Dunia (142) Tempatan (90) Video (36) Informasi (25) Artis (22) Gosip (17) Pelik (16) Misteri (14) Seram (12) Filem (10) Gambar (10) Agama (9) Muzik (9) Atlet (8) Band (7) Raja Lawak (7) Lirik (6) Segmen (6) Sukan (6) Kesihatan (4) Bloglist (3) Bola Sepak (3) Hukum (3) Produk (3) Ajaib (2) Blog (2) Blogger (2) Blogging (2) Novel (2) Gusti (1) Personal (1)