Khamis, 19 Januari 2012

MUZIUM TERBESAR MESIR BAKAL DIBUKA 2015

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Pembinaan muzium terbesar Mesir yang bernilai AS$828 juta (RM2.6 bilion) bakal dibuka pada tahun 2015.. Muzium ini bakal menempatkan lebih daripada 100,000 artifak dan monumen-monumen dari era firaun serta akan turut menjadi pusat pemuliharaan terbesar dunia..




Muzium terbesar Mesir yang bakal menempatkan lebih daripada 100,000 artifak dan monumen-monumen dari era firaun, bakal dibuka pada 2015, menurut Menteri Artifak Purba, Mohamed Ibrahim, semalam.

“Muzium itu akan turut menjadi pusat pemuliharaan terbesar dunia,” menurut kenyataannya menerusi Agensi Berita Qatar.

Pembinaan seni bina agung Mesir tersebut akan dibangunkan di kawasan dataran seluas 47 hektar di pinggir Kaherah berhampiran kompleks piramid Giza.

Muzium utama Mesir sebelum ini juga menjadi binaan ikonik di dataran Tahrir sejak 1902.

Pembinaan muzium yang bernilai AS$828 juta (RM2.6 bilion) tersebut kini sedang dalam proses pembinaan dah telah berada pada tahap akhir untuk siap menjelang 2015.


Sumber: Sinar Harian


P/S: Hurmmm..47 hektar tu.. Boleh tahan besar juga la muzium ni..

Sekian, Wassalam

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

:: MENU ::

Dunia (142) Tempatan (90) Video (36) Informasi (25) Artis (22) Gosip (17) Pelik (16) Misteri (14) Seram (12) Filem (10) Gambar (10) Agama (9) Muzik (9) Atlet (8) Band (7) Raja Lawak (7) Lirik (6) Segmen (6) Sukan (6) Kesihatan (4) Bloglist (3) Bola Sepak (3) Hukum (3) Produk (3) Ajaib (2) Blog (2) Blogger (2) Blogging (2) Novel (2) Gusti (1) Personal (1)