Rabu, 11 Januari 2012

AYAT SUCI AL-QURAN DI BELAKANG KERTAS NOMBOR EKOR

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) mendedahkan tindakan keterlaluan dan menghina Islam pihak tertentu menggunakan kertas kitar semula yang mengandungi ayat al-Quran bagi mencetak keputusan judi nombor ekor..

Mohd. Faiz Mohamed Rafeek menunjukkan laporan polis yang dibuatnya di Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya mengenai kertas nombor ramalan yang berlatar belakangkan ayat al-Quran di Pulau Pinang, semalam.



Keterlaluan dan menghina Islam. Itu yang boleh diperkatakan terhadap tindakan pihak tertentu menggunakan kertas kitar semula yang mengandungi ayat al-Quran bagi mencetak keputusan judi nombor ekor.

Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) yang mendedahkan perkara itu menjelaskan, perbuatan tersebut dikesan berlaku di Balik Pulau di sini.

Yang Dipertua GPMS Cawangan Barat Daya, Mohd. Faiz Mohamed Rafeek berkata, beliau kesal dengan kejadian itu kerana ia boleh mencetuskan kemarahan di kalangan umat Islam.

“Perkara sebegini jika dibiarkan boleh membangkitkan sentimen perkauman.

“Walaupun kertas tersebut dikitar semula, ia tidak sepatutnya berlaku memandangkan di belakangnya mengandungi ayat al-Quran,” katanya.

Beliau ditemui selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya di sini hari ini.

Sehubungan itu, beliau menggesa Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang terlibat.

Beliau menambah, satu memorandum akan diserahkan kepada MAIPP dalam masa terdekat bagi membantah perbuatan itu.




P/S: Kurang ajar betul diorang ni! Semakin menjadi jadi agama Islam dipermainkan.. Nak sangat bergaduh ke huh!

Sekian, Wassalam

1 ulasan:

Peeka Syuhada berkata...

sedih,pilu dan terhina !!!

latest entry: saya 22, kamu?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

:: MENU ::

Dunia (142) Tempatan (90) Video (36) Informasi (25) Artis (22) Gosip (17) Pelik (16) Misteri (14) Seram (12) Filem (10) Gambar (10) Agama (9) Muzik (9) Atlet (8) Band (7) Raja Lawak (7) Lirik (6) Segmen (6) Sukan (6) Kesihatan (4) Bloglist (3) Bola Sepak (3) Hukum (3) Produk (3) Ajaib (2) Blog (2) Blogger (2) Blogging (2) Novel (2) Gusti (1) Personal (1)