Jumaat, 6 Januari 2012

CICAK GERAKKAN EKOR SUPAYA LANCAR MENDARAT?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Sepasukan penyelidik Universiti California telah mendedahkan kajian tentang pergerakan cicak agama.. Melalui kajian tersebut saintis-saintis berkenaan telah berjaya merakam pergerakan perlahan cicak agama yang mengubah posisi ekor ketika ia berada di udara supaya haiwan itu dapat mendarat dengan lancar..

SEEKOR cicak agama menggunakan ekornya untuk menstabilkan kedudukannya semasa ia melompat ke permukaan menegak.



PARIS, Perancis - Cicak mengubah posisi ekor ketika ia berada di udara supaya haiwan itu dapat mendarat dengan lancar manakala aksi serupa turut dilakukan beberapa spesies dinosaur seperti velociraptor.

Pendedahan tersebut dibuat oleh sepasukan penyelidik Universiti California yang mengkaji pergerakan cicak agama di dalam makmal.

Saintis-saintis berkenaan merakam reptilia Afrika itu semasa ia melompat dari platform landai dan mendarat di sebuah dinding.

Rakaman gerak perlahan menunjukkan cicak agama membengkokkan ekor semasa berada di udara bagi memastikan ia dapat mendarat dengan sempurna. - AFP




P/S: Oooo.. Macam-macam hal.. Unik juga cicak ni eh.. Hehehe.. ;)

Sekian, Wassalam

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

:: MENU ::

Dunia (142) Tempatan (90) Video (36) Informasi (25) Artis (22) Gosip (17) Pelik (16) Misteri (14) Seram (12) Filem (10) Gambar (10) Agama (9) Muzik (9) Atlet (8) Band (7) Raja Lawak (7) Lirik (6) Segmen (6) Sukan (6) Kesihatan (4) Bloglist (3) Bola Sepak (3) Hukum (3) Produk (3) Ajaib (2) Blog (2) Blogger (2) Blogging (2) Novel (2) Gusti (1) Personal (1)