:: TERHANGAT DI PASARAN ::

Ahad, 8 Januari 2012

REMAJA 15 TAHUN MAUT DITUDUH AMAL SIHIR

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun, Kristy Bamu, diseksa dan dilemaskan dalam air pada Hari Krismas selepas saudara-maranya menuduh dia mengamalkan ilmu sihir..




LONDON: Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun diseksa dan dilemaskan dalam air pada Hari Krismas selepas saudara-maranya menuduh dia mengamalkan ilmu sihir, mahkamah Britain diberitahu, semalam.

Kristy Bamu mengalami sebanyak 101 kecederaan akibat diserang dengan pahat, tukul besi dan besi. Dia dilaporkan mengalami kesakitan yang amat sangat hingga merayu agar dia mati saja, kata pendakwa raya kepada mahkamah Old Bailey di sini.


Mangsa dan dua adik lelaki serta dua adik perempuan nya berkunjung ke bandar raya ini dari Paris, di mana mereka tinggal bersama ibu bapa mereka untuk menginap di flet kakak mereka, Magalie di Newham, di timur London.

Pendakwa raya berkata, teman lelaki Magalie, Eric Bikubi adalah dalang yang memulakan angkara, menuduh Bamu dan dua adik perempuannya mengamalkan sihir. Bikubi kemudian melancarkan kempen untuk menyeksa mereka.


Kakak Bamu terpaksa bersekongkol dalam serangan itu ketika lima adiknya menginap selama empat hari di situ. Mereka ditempatkan dalam tab mandi dan dipancut dengan air sejuk pada 25 Disember 2010.


Anggota paramedik dipanggil selepas Bamu jatuh pengsan, tetapi dia kemudian diumumkan mati. Laporan bedah siasat mendapati dia mati akibat dibelasah dan dilemaskan dalam air.

“Bamu menjadi mangsa keganasan dan serangan kejam yang berlanjutan,” kata pendakwa raya Brian Altman.


Beberapa panggilan dibuat kepada ibu bapa kanak-kanak berkenaan di ibu negara Perancis itu tetapi bapa mereka tidak tahu apa yang berlaku. - AFP


Sumber: myMetro


P/S: Kejam! Memang dah sahih ke dia amalkan ilmu sihir?


Sekian, Wassalam

1 ulasan:

aReLaN berkata...

bila manusia jd binatang.eeiiii...pe la salah bdk tu.ntah betul ke tak la dia tu amal sihir.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

:: MENU ::

Dunia (142) Tempatan (90) Informasi (77) Kewangan (51) Unit Amanah (44) Video (36) Artis (22) Gosip (17) Pelik (16) Misteri (14) Seram (12) Filem (10) Gambar (10) Agama (9) Muzik (9) Atlet (8) Band (7) Raja Lawak (7) Lirik (6) Segmen (6) Sukan (6) Takaful (5) Kesihatan (4) Bloglist (3) Bola Sepak (3) Hukum (3) Produk (3) Ajaib (2) Blog (2) Blogger (2) Blogging (2) Novel (2) PRS (2) Gusti (1) Kerjaya (1) Personal (1)