Ahad, 8 Januari 2012

PEGAWAI KASTAM RAMPAS KULIT, TULANG HARIMAU DALAM KOTAK POS

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Pegawai Kastam Thailand semalam merampas empat kotak mengandungi kulit dan tulang harimau yang diseludup bernilai beribu-ribu dollar yang dihantar melalui pos, dipercayai untuk dijadikan dekorasi hiasan dalaman..

PEGAWAI kastam Thailand menunjukkan kulit dan tulang harimau yang dirampas dalam empat kotak, semalam.



BANGKOK: Pegawai Kastam Thailand semalam merampas empat kotak mengandungi kulit dan tulang harimau yang diseludup bernilai beribu-ribu dollar yang dihantar melalui pos, dipercayai untuk dijadikan dekorasi hiasan dalaman.

Ketua Pengarah Kastam Diraja Thailand, Somchai Poolsawasdi berkata, bahagian badan lain harimau yang ditemui awal minggu ini, dipercayai datang dari Indonesia dan mungkin akan dihantar ke China.

“Ada empat kotak dan setiap kotak mengandungi satu kulit harimau, tulang dan tengkorak. Setiap kotak itu beratnya lima kilogram,” katanya.

Katanya, kesemua kotak itu dipercayai dihantar oleh kumpulan penyeludup melalui Mae Sai di utara Thai land dan sampai ke pejabat pos besar di Bangkok, di mana pegawai Kastam menerima maklumat itu.

“Cara mereka memproses harimau ini, saya rasa ia adalah untuk perabot ataupun hiasan,” katanya.


Kumpulan antipenyeludupan, Freeland, berkata, bahagian harimau itu bernilai kira-kira AS$60,000 (RM 188,760). - Bangkok Post


Sumber: myMetro


P/S: Hurmmm.. Kes penyeludupan haiwan terlarang la ni.. Demi wang manusia sanggup lakukan apa sahaja..

Sekian, Wassalam

1 ulasan:

Emmet berkata...

wah, entry yang menarik, blog ni pun lawa, keep up the good work! :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

:: MENU ::

Dunia (142) Tempatan (90) Video (36) Informasi (25) Artis (22) Gosip (17) Pelik (16) Misteri (14) Seram (12) Filem (10) Gambar (10) Agama (9) Muzik (9) Atlet (8) Band (7) Raja Lawak (7) Lirik (6) Segmen (6) Sukan (6) Kesihatan (4) Bloglist (3) Bola Sepak (3) Hukum (3) Produk (3) Ajaib (2) Blog (2) Blogger (2) Blogging (2) Novel (2) Gusti (1) Personal (1)