:: TERHANGAT DI PASARAN ::

Khamis, 1 Disember 2011

LAGI KONTROVERSI KHAIRUL FAHMI!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Alahai.. Sedih aku dengan nasib si Khairul Fahmi a.k.a Apek ni.. Tak habis habis dengan kontroversi aja kan.. Dulu pasal kes putus tunang dia dengan awek blogger tu.. Korang mesti tau kan.. Sekarang dengan minah mana entah.. Hurmmm.. Suka kan baca gosip macam ni.. Boleh dikatakan ramai juga la "panglima-panglima keyboard" pakat mendedahkan pasal hal Apek dengan minah tu.. Termasuk la wartawan akhbar dan majalah hiburan kan.. Panas beb! Panassss.. Laku macam goreng pisang panasss wooo..



Lagi Kontroversi Khairul Fahmi!

29 Nov – Nampaknya kehidupan penjaga gol bola sepak Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat atau lebih dikenali sebagai Apek tidak henti-henti dilanda kontroversi. 

Selepas selesai kisah putus tunang dengan Aimie Harmelia Mohd Hashumi dan akhirnya mengakui bercinta dengan Dahlia Teck yang dikatakan punca keretakan hubungan mereka, gambar berhibur di kelab malam Werner's tersebar, kini namanya dikaitkan dengan satu lagi kontroversi melibatkan seorang gadis bernama Shida Harmi. 

Laman sesawang hiburan terkenal kini kecoh dengan beberapa keping gambar aksi mesra Apek dan gadis yang didakwa Shida dan screen shots BlackBerry Messenger berbaur ugutan pula menunjukkan Shida mempunyai bukti bahawa mereka pernah tidur bersama. 

Namun dipetik daripada laporan OhBulan!, Apek menafikan perkara tersebut dan berharap orang yang bertanggungjawab tampil ke hadapan untuk memberi bukti kukuh. 

Malah ibunya, Bidah Ibrahim berharap orang ramai akan berhenti menyebarkan fitnah kerana bimbang akan mempengaruhi prestasi anaknya dalam karier bola sepaknya, dipetik daripada laporan Berita Harian.


Sumber: Google


Sumber: Yahoo


P/S: Aku tak minat nak komen apa apa pasal kes ni.. Sama ada betul atau tak biarlah dia dengan Allah S.W.T.. Aku sebagai peminat sukan bola sepak tempatan hanya mengagumi bakat Apek sebagai wira di padang..

Sekian, Wassalam

10 ulasan:

Sunah Sakura berkata...

eh, udin rupanya..nape dengan blog lama?? urmm...tadi bila udin komen kat entri akak, akak terkejut sangat..sebab tak pernah komen sebelum ni guna nama tu kan..tapi gaya dia macam da lama baca blog akak..hehehe

Deen Azmee berkata...

@sunah

errr.. blog lama okay aja.. maybe sekadar update seminggu sekali kot.. saja rindu nak update blog mcm mula2 dulu.. hehehe.. thanks follow.. 1st tu.. terharu2..

cik ika berkata...

biapun dilandA kontroversi tetap mint dye

nik rosmawati berkata...

susah jd femes kan :)

Iffah Afeefah berkata...

Ohoiii kisah kerol lagi

asik2 die

sian la dia

bg can napas skit

err tak payah tayang gambo tu adelah lebih baik

tak pasal kite pon turut menyebar aib die

Phat berkata...

kalo betul bende ni kita doa kan supaya apek berubah..sebab bende2 mcm ni leh hancurkan karier die..

deen azmee berkata...

@cik ika

yup.. betul tu.. susah nak jumpa bakat mcm dia.. apa2 pun sokongan padu tetap akan diberi..

deen azmee berkata...

@nik rosmawati

hurmmm.. biasa la.. manusia mmg mcm tu.. kalau ada yg berjaya sikit mesti ada gak yg tak puas hati kan.. lebih2 lagi atlet yg dah ada nama mcm apek ni.. mesti ada ja yg ambil kesempatan nak jatuhkan dia.. huhu..

deen azmee berkata...

@Iffah Afeefah

errrrr.. baek la chekgu.. maceh sgt2 atas teguran yg diberi.. :)

deen azmee berkata...

@Phat

hurmmm.. tu la kan.. apa2 pun aku tetap kasi sokongan padu kpd apek dan skuad bola sepak negara.. MALAYSIA BOLEH! hehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

:: MENU ::

Dunia (142) Tempatan (90) Informasi (77) Kewangan (51) Unit Amanah (44) Video (36) Artis (22) Gosip (17) Pelik (16) Misteri (14) Seram (12) Filem (10) Gambar (10) Agama (9) Muzik (9) Atlet (8) Band (7) Raja Lawak (7) Lirik (6) Segmen (6) Sukan (6) Takaful (5) Kesihatan (4) Bloglist (3) Bola Sepak (3) Hukum (3) Produk (3) Ajaib (2) Blog (2) Blogger (2) Blogging (2) Novel (2) PRS (2) Gusti (1) Kerjaya (1) Personal (1)