:: TERHANGAT DI PASARAN ::

Selasa, 24 Januari 2012

BAYI PALING KECIL DI DUNIA SELAMAT KELUAR DARI HOSPITAL

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Seorang bayi paling kecil dunia yang hanya seberat 269 gram telah selamat dan telah dikeluarkan dari hospital..

Ibarra mendukung Guido, ketika sidang akhbar sebelum meninggalkan Pusat Perubatan USC di Los Angeles semalam.



Salah seorang bayi paling kecil di dunia yang terselamat dibenarkan keluar dari hospital di mana dia menghabiskan hampir lima bulan dalam inkubator, tetapi mendapat layanan sama seperti selebriti Hollywood.

Memakai topi benang bulu merah jambu dengan selimut merah jambu, Melinda Star Guido disambut dengan rakaman kamera televisyen dan jurugambar di luar Pusat Perubatan USC Los Angeles County.

“Saya gembira beliau dalam keadaan sihat. Saya gembira saya akhirnya dapat membawanya pulang. Saya amat bersyukur,” kata ibunya Haydee Ibarra, 22.
Melinda dilahirkan 30 Ogos lalu dengan hanya seberat 269 gram, kurang daripada satu tin air soda. Dia terlalu kecil sehingga tubuh kecilnya muat pada tangan doktornya. Melinda dipercayai bayi ketiga paling kecil di dunia yang terselamat dan kedua terkecil di Amerika Syarikat.

Kini denga berat badan .04 kilogram dan bernafas menerusi satu tiub oksigen sebagai langkah berhati-hati, doktor berkata Melinda sudah banyak mencapai perkembangan untuk membolehkannya dibawa pulang.

Imbasan otaknya adalah normal dan matanya berkembang dengan baik. Dia juga melepasi ujian pendengaran dan tempat duduk bayi dalam kereta yang diperlukan bayi pramatang sebelum dibenarkan pulang.

Namun terlalu awal untuk mengetahui bagaimana beliau dapat membesar dari segi fizikal, namun doktor bercadang memantaunya dalam tempoh enam tahun akan datang.
“Saya optimis namun berhati-hati bahawa bayi itu akan membesar dengan baik, namun ia bukan satu jaminan,” kata Dr Rangasamy Ramanathan, yang merawat bayi pramatang di hospital itu.

Kebanyakan bayi kecil tidak dapat diselamatkan walaupun dengan penjagaan perubatan lanjut. Kira-kira 7,500 bayi dilahirkan setiap tahun di Amerika dengan berat kurang 0.45 kilogram dan kira-kira 10 peratus terselamat. – AP


Sumber: Berita Harian


P/S: Kecilnya bayi ni..

Sekian, Wassalam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

:: MENU ::

Dunia (142) Tempatan (90) Informasi (77) Kewangan (51) Unit Amanah (44) Video (36) Artis (22) Gosip (17) Pelik (16) Misteri (14) Seram (12) Filem (10) Gambar (10) Agama (9) Muzik (9) Atlet (8) Band (7) Raja Lawak (7) Lirik (6) Segmen (6) Sukan (6) Takaful (5) Kesihatan (4) Bloglist (3) Bola Sepak (3) Hukum (3) Produk (3) Ajaib (2) Blog (2) Blogger (2) Blogging (2) Novel (2) PRS (2) Gusti (1) Kerjaya (1) Personal (1)