Isnin, 9 Januari 2012

CARREFOUR SINGAPURA HENTI JUAL PRODUK SIRIP JERUNG

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Jualan produk sirip jerung akan dihentikan oleh Syarikat pasar raya gergasi Perancis, Carrefour, selepas stok semasanya habis..




SINGAPURA: Syarikat pasar raya gergasi Perancis, Carrefour, akan menghentikan jualan produk sirip jerung selepas stok semasanya habis, lapor media semalam.

Jurucakap Carrefour berkata, syarikat itu tidak akan mengambil bekalan baru sebagai sebahagian daripada usahanya melaksanakan tanggungjawab sosial.


Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada pemberhentian itu turut membabitkan pasar raya lain Carrefour di seluruh dunia.

Sirip jering kekal menjadi produk digemari ramai di Singapura dan dihidangkan dalam perayaan masyarakat Cina serta majlis perkahwinan.


Menurut pertubuhan pemuliharaan alam sekitar WWF, Singapura adalah pusat perdagangan sirip jerung kedua terbesar di dunia selepas Hong Kong.


WWF Hong Kong berkata, permintaan tinggi terhadap produk itu menjadi punca utama menyumbang kepada kepupusan populasi jerung dunia.


Sumber: myMetro


P/S: Hurmmm.. Elok la dihentikan.. Habis pupus spesis jerung ni kalau asyik kena buru je..

Sekian, Wassalam

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

:: MENU ::

Dunia (142) Tempatan (90) Video (36) Informasi (25) Artis (22) Gosip (17) Pelik (16) Misteri (14) Seram (12) Filem (10) Gambar (10) Agama (9) Muzik (9) Atlet (8) Band (7) Raja Lawak (7) Lirik (6) Segmen (6) Sukan (6) Kesihatan (4) Bloglist (3) Bola Sepak (3) Hukum (3) Produk (3) Ajaib (2) Blog (2) Blogger (2) Blogging (2) Novel (2) Gusti (1) Personal (1)