Khamis, 5 Januari 2012

10 FILEM REBUT ANUGERAH PGA

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Sebanyak 10 filem yang disenaraikan bagi merebut anugerah Producers Guild Award (PGA) antaranya adalah filem The Descendants dibintangi oleh George Clooney dan filem The Artist..




Filem The Descendants dibintangi oleh George Clooney dan filem The Artist merupakan antara 10 filem yang disenaraikan bagi merebut anugerah Producers Guild Award (PGA), semalam.

Filem Midnight in Paris arahan Woody Allen dan hit box office, The Maid mengisahkan perjuangan kaum menuntut hak sivil antara wanita kulit putih di Mississippi dan dua wanita kulit hitam yang bekerja untuk mereka, turut dicalonkan bagi anugerah tersebut.

Beberapa filem lain seperti, filem animasi 3D, Hugo arahan Martin Scorsese; Moneyball arahan Bennett Miller; filem berunsur politik, The Ides of March arahan serta lakonan George Clooney dan War Horse arahan Steven Spielberg, turut dicalonkan bersama penerbit mereka dalam PGA.

Selain itu, filem The Girl with the Dragon Tattoo yang diadaptasi dari novel trilogi, Stieg Larsson dan filem komedi, Bridesmaids dicalonkan bagi kategori fiksyen.

Bagi kategori animasi, filem The Adventures of Tintin arahan Spielberg dan keluaran Peter Jackson dicalonkan.

Filem Cars 2, Kung Fu Panda 2, Puss In Boots dan filem komedi, Rango juga bersaing dalam kategori yang sama.

Sementara itu, PGA mengumumkan beberapa calon filem televisyen dan rancangan bersiri seperti Too Big To Fail, Mildred Pierce, Cinema Verite dari siaran HBO serta Abbey Downton siaran PBS dan Kennedys siaran ReelzChannel.

Majlis tersebut akan berlangsung di Los Angeles pada 21 Januari ini. - REUTERS




P/S: Semua filem yang tersenarai aku belum sempat layan lagi.. Nanti la download kalau ada masa.. Huhu..

Sekian, Wassalam

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

:: MENU ::

Dunia (142) Tempatan (90) Video (36) Informasi (25) Artis (22) Gosip (17) Pelik (16) Misteri (14) Seram (12) Filem (10) Gambar (10) Agama (9) Muzik (9) Atlet (8) Band (7) Raja Lawak (7) Lirik (6) Segmen (6) Sukan (6) Kesihatan (4) Bloglist (3) Bola Sepak (3) Hukum (3) Produk (3) Ajaib (2) Blog (2) Blogger (2) Blogging (2) Novel (2) Gusti (1) Personal (1)