Selasa, 17 Januari 2012

FILEM CINTA KURA-KURA GUNA ANIMASI 3D?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Filem fantasi romantik komedi terbaru, "Cinta Kura-Kura" yang akan diterajui oleh Tiz Zaqyah dan Aeril Zafrel akan diselitkan dengan elemen tiga dimensi (3D).. Filem ini merupakan filem pertama arahan Nizam Zakaria..




KRU Studios meneruskan tradisi untuk memberikan kelainan kepada industri perfileman apabila menyelitkan elemen tiga dimensi (3D) dalam filem fantasi romantik komedi terbaru, "Cinta Kura-Kura".

Diterajui oleh Tiz Zaqyah dan Aeril Zafrel, filem ini merupakan filem pertama arahan Nizam Zakaria.

Menurut Eksekutif Presiden KRU Studios merangkap Penerbit Eksekutif filem ini, Norman Abdul Halim memberitahu pihak mereka sentiasa mencari dan mengetengahkan bakat-bakat baru tidak kira bidang seperti penulisan skrip, pengarahan, lakonan dan juga nyanyian.

"Walaupun Nizam pernah mengarah beberapa program televisyen, bakatnya lebih menyerlah untuk filem bercorak seperti "Cinta Kura-Kura" dan kami yakin penonton akan terhibur dengan filem ini."

Malah Nizam turut terharu dengan kepercayaan dan pelaburan yang diberikan oleh pihak KRU Studios untuk filem pertamanya ini.

"Saya ingin berterima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk mengarah filem unik sebegini yang saya pasti akan menyumbangkan kepada kepelbagaian genre dalam industri perfileman tempatan."

Filem kesepuluh terbitan KRU Studios ini juga buat julung kalinya menampilkan teknologi penjanaan imej berkomputer (CGI) untuk animasi karakter bagi watak Nico (lakonan Zizan Raja Lawak), Mira (Fara Fauzana) dan Atuk (Shy8).

"Cinta Kura-Kura" mengisahkan tentang seorang gadis ceria bernama Nani lakonan Tiz Zaqyah bersama binatang peliharaannya iaitu kura-kura bernama Nico. Kisah romantik komedi ini bermula disaat Nani berpindah ke rumah abangnya, Amin (Bob AF). Jiran Nani, Adam lakonan Airel Zafrel telah jatuh hati dengan Nani sejak kali pertama dia memandangnya. Walaubagaimanapun Nico mempunyai calon pilihannya sendiri sebagai teman hidup Nani iaitu Fazli (lakonan Fizz Fairuz), seorang pemilik kedai binatang peliharaan yang mempunyai agendanya tersendiri.


Sumber: Yahoo


P/S: Hurmmm.. Harap harap jalan cerita okay la.. Aku bab filem tangkap cintan ni kureng sket.. Hehe.. ;)

Sekian, Wassalam

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

:: MENU ::

Dunia (142) Tempatan (90) Video (36) Informasi (25) Artis (22) Gosip (17) Pelik (16) Misteri (14) Seram (12) Filem (10) Gambar (10) Agama (9) Muzik (9) Atlet (8) Band (7) Raja Lawak (7) Lirik (6) Segmen (6) Sukan (6) Kesihatan (4) Bloglist (3) Bola Sepak (3) Hukum (3) Produk (3) Ajaib (2) Blog (2) Blogger (2) Blogging (2) Novel (2) Gusti (1) Personal (1)