Isnin, 9 Januari 2012

KELUARGA TERKEJUT BUAYA DALAM RUANG TAMU

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Satu keluarga Australia terkejut ketika bangun tidur apabila mendapati seekor buaya 1.7 meter berada dalam ruang tamu rumah mereka..




SYDNEY: Satu keluarga Australia terkejut ketika bangun tidur pagi semalam apabila mendapati seekor buaya 1.7 meter berada dalam ruang tamu rumah mereka.

Menurut Jo Dodd, dia terjaga daripada tidur apabila anjing peliharaannya menyalak.


“Kami membuka pintu bilik tidur dan memandang ke ruang tamu.

“Di situ kami melihat seekor buaya,” katanya.


Pengalaman itu, kata Jo, sukar digambarkan dengan kata-kata.


“Bukan selalu anda lihat buaya di ruang tamu, kan?” katanya. Buaya itu kemudian ditangkap renjer tempatan dan dibawa ke taman buaya berhampiran. Secara purata, buaya air masin Australia membunuh dua orang setahun, boleh membesar sehingga tujuh meter dan berat sehingga lebih satu tan. - AFP


Sumber: myMetro


P/S: Gila! Nasib baik tak berlaku apa-apa insiden..

Sekian, Wassalam

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

:: MENU ::

Dunia (142) Tempatan (90) Video (36) Informasi (25) Artis (22) Gosip (17) Pelik (16) Misteri (14) Seram (12) Filem (10) Gambar (10) Agama (9) Muzik (9) Atlet (8) Band (7) Raja Lawak (7) Lirik (6) Segmen (6) Sukan (6) Kesihatan (4) Bloglist (3) Bola Sepak (3) Hukum (3) Produk (3) Ajaib (2) Blog (2) Blogger (2) Blogging (2) Novel (2) Gusti (1) Personal (1)