:: TERHANGAT DI PASARAN ::

Ahad, 8 Januari 2012

KERANDA PELIK JADI TARIKAN PENGUNJUNG?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Paa Joe, 66, pakar membuat keranda dari Afrika barat, berjaya menarik perhatian ribuan pengunjung dengan rekaan pelik kerandannya dalam sebuah pameran seni di Galeri Jack Bell, Britain pada tahun lalu..





ACCRA - Adakah anda pernah terfikir untuk melihat keranda dalam pelbagai rupa dan bentuk yang pelik?

Kini, ia tidak mustahil lagi dengan kemunculan keranda pelbagai bentuk seperti ikan jerung, buah nanas, telefon bimbit dan kereta mewah hasil kerja tangan tukang kayu dari Ghana.

Paa Joe, 66, pakar membuat keranda dari Afrika barat itu, berjaya menarik perhatian ribuan pengunjung dengan rekaan pelik kerandannya dalam sebuah pameran seni di Galeri Jack Bell, Britain pada tahun lalu.

Joe kini bekerja di sebuah kedai pertukangan kayu Kane Kwei di Accra.

Pengasasnya, Kane Wei memulakan perniagaannya sekitar 1950-an dan telah mencipta mencipta keranda seakan-akan bentuk kapal terbang untuk mendiang neneknya.

Perniagaan tersebut kini telah berkembang dan semakin mendapat permintaan di Britain selepas pameran seni itu diadakan.

Joe kini semakin sibuk menyiapkan tempahan keranda pelbagai bentuk seperti pisang, robot dan lokomotif.


Sumber: Sinar Harian


P/S: Hurmmm.. Benda pelik dan misteri la yang manusia suka sangat kan.. Macam macam hal..

Sekian, Wassalam

2 ulasan:

ahsfantasy24 berkata...

huhu..
gili plok gayenye,
harap2 tak adalah orang kita guna
yang macam ni.. hu3

fiza nurani berkata...

Haaaaaa ? Tak perlu kot macam ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

:: MENU ::

Dunia (142) Tempatan (90) Informasi (77) Kewangan (51) Unit Amanah (44) Video (36) Artis (22) Gosip (17) Pelik (16) Misteri (14) Seram (12) Filem (10) Gambar (10) Agama (9) Muzik (9) Atlet (8) Band (7) Raja Lawak (7) Lirik (6) Segmen (6) Sukan (6) Takaful (5) Kesihatan (4) Bloglist (3) Bola Sepak (3) Hukum (3) Produk (3) Ajaib (2) Blog (2) Blogger (2) Blogging (2) Novel (2) PRS (2) Gusti (1) Kerjaya (1) Personal (1)