Rabu, 11 Januari 2012

BUDAK LIMA TAHUN RENTUNG DALAM BILIK

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Seorang datuk hanya mampu mendengar jeritan cucunya, Eveyuna Elze John, 5, bergelut dengan maut sebelum kanak-kanak itu rentung di dalam biliknya..




Seorang datuk hanya mampu mendengar jeritan cucunya bergelut dengan maut sebelum kanak-kanak itu rentung di dalam biliknya selepas rumah mereka di Kampung Kuala Sapi, di sini, terbakar pada jam 8.30 malam kelmarin.

Selepas api berjaya dipadamkan anggota bomba dan penyelamat, Antang Angkut, 68, tidak mampu menahan sebak dan air matanya bercucuran sebaik melihat jasad cucunya, Eveyuna Elze John, 5, dalam keadaan tidak sempurna.

Menurut Antang, ketika kejadian, dia dan ibu bapa serta dua adik Eveyuna menikmati makan malam, manakala kanak-kanak itu tidur di dalam bilik.

“Tiba-tiba saya terdengar letupan dari dalam bilik Eveyuna. Apabila saya pergi ke bilik untuk mengetahui apa berlaku, saya terkejut melihat api sudah marak.



“Saya cuba masuk ke dalam bilik, tapi gagal. Saya beberapa kali memanggil Eveyuna, namun tiada sahutan,” katanya ketika dihubungi, semalam.


Sumber: myMetro

P/S: Kesian dengan nasib yang menimpa budak ni..

Sekian, Wassalam

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

:: MENU ::

Dunia (142) Tempatan (90) Video (36) Informasi (25) Artis (22) Gosip (17) Pelik (16) Misteri (14) Seram (12) Filem (10) Gambar (10) Agama (9) Muzik (9) Atlet (8) Band (7) Raja Lawak (7) Lirik (6) Segmen (6) Sukan (6) Kesihatan (4) Bloglist (3) Bola Sepak (3) Hukum (3) Produk (3) Ajaib (2) Blog (2) Blogger (2) Blogging (2) Novel (2) Gusti (1) Personal (1)