Rabu, 11 Januari 2012

PENGAWAL KESELAMATAN DIDAKWA BUNUH KERANI BANK WANITA

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Entri ni adalah kesinambungan tentang kes kerani bank wanita mati ditikam 15 kali.. Sini dan Sini.. Seorang pengawal keselamatan, Muhammad Faizul Mohd Ali, 27, dan rakannya Muhammad Zal Haziq, 23, telah didakwa atas tuduhan membunuh seorang kerani bank wanita dengan menikam sebanyak 15 kali..

MUHAMMAD ZAL dan Muhammad Faizul (kiri) dibawa ke Mahkamah Majistret Selayang semalam atas tuduhan membunuh Rozana.



Seorang pengawal keselamatan didakwa di Mahkamah Majistret Selayang di sini atas tuduhan membunuh teman wanitanya dengan menikam wanita itu sebanyak 15 kali di Kepong, bulan lepas.

Muhammad Faizul Mohd Ali, 27, didakwa bersama rakannya Muhammad Zal Haziq, 23, membunuh kerani bank, Rozana Mohd Yusak, 36, di rumah kedai No. B-010-15F, Jalan Puncak Desa 2, Kepong, antara 12 tengah malam hingga 1.15 pagi pada 21 Disember lepas.

Mereka berdepan hukuman mati mandatori mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 akta yang sama jika disabitkan.

Tiada pengakuan direkodkan dan kedua-dua tertuduh hanya menganggukkan kepala tanda faham apabila tuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohd Isa Md Noor.

Mahkamah menetapkan 28 Februari ini untuk sebutan semula sementara menunggu laporan bedah siasat serta laporan kimia dan forensik.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Rohaiza Hamzah manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili.

Media sebelum ini melaporkan Rozana ditemui berlumuran darah dengan sekurang-kurangnya 15 kesan tikaman kira-kira 1.30 pagi pada 21 Disember lepas, dan
disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Kuala Lumpur.


Sumber: Sinar Harian


P/S: Kejam! Kesian dengan insiden yang menimpa arwah..

Sekian, Wassalam

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

:: MENU ::

Dunia (142) Tempatan (90) Video (36) Informasi (25) Artis (22) Gosip (17) Pelik (16) Misteri (14) Seram (12) Filem (10) Gambar (10) Agama (9) Muzik (9) Atlet (8) Band (7) Raja Lawak (7) Lirik (6) Segmen (6) Sukan (6) Kesihatan (4) Bloglist (3) Bola Sepak (3) Hukum (3) Produk (3) Ajaib (2) Blog (2) Blogger (2) Blogging (2) Novel (2) Gusti (1) Personal (1)