Sabtu, 18 Ogos 2012

VIDEO: ZAKAT

Assalamualaikum & Salam Sejahtera



Hurm.. Sekejap sahaja kan dah sampai penghujung bulan Ramadhan.. Rasa sedih pun ada nak berpisah dengan bulan yang penuh rahmat ni.. Harap harap dapat bertemu lagi dengan Ramadhan tahun depan pula jika dipanjangkan umur.. Macam mana persiapan raya korang? Kepada yang bakal pulang ke kampung tu hati-hati la ketika memandu ye.. Takut jadi tragedi pula nanti.. Ingatlah orang yang tersayang ye..

Okay.. Kali ni aku nak kongsi pasal zakat fitrah pula.. Sebelum ni aku dah kongsi video tentang kelebihan bulan Ramadhan, ibadat malam dan tarawih serta Lailatul Qadar kan? Tahukah korang bahawa masih ada dikalangan masyarakat kita yang keliru tentang waktu untuk membayar zakat fitrah ni.. Mereka beranggapan waktu untuk membayar zakat fitrah hanya pada pagi raya sahaja yakni sebelum menunaikan solat sunat hari raya Aidlifitri.. Sebenarnya salah tanggapan tu ye.. Nak tahu lebih lanjut tentang waktu membayar zakat fitrah ni sila layari klip video ni.. Layan.. Hehehe.. ;)




Jumaat, 10 Ogos 2012

VIDEO: LAILATUL QADAR

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Hurm.. Kejap sahaja kan dah masuk fasa ketiga dalam bulan Ramadhan.. Macam mana persiapan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri? Namun disamping kita membuat persiapan untuk menyambut hari raya yang bakal tiba nanti jangan di sia-sia kan sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan ni.. Besar ganjarannya tau bagi mereka yang melakukan ibadat di malam malam terakhir bulan Ramadhan ni..

Sebelum ni aku dah kongsi dengan korang tentang klip video kelebihan bulan Ramadhan dan ibadat malam dan terawih kan? Kali ni nak kongsi pula klip video tentang Lailatul Qadar pula.. Semoga paparan yang disampaikan melalui klip video pendek ni dapat menjawab salah faham tentang Lailatul Qadar di bulan Ramadhan ni.. Jom layan..


Ahad, 5 Ogos 2012

83 JUTA AKAUN PALSU FACEBOOK TELAH DIKESAN?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Tahukah anda bahawa lebih 83 juta akaun palsu Facebook telah diwujudkan melalui laman sosial terkenal tersebut? Syarikat Facebook membuat kenyataan bahawa sebanyak 8.7 peratus daripada 955 juta profil akaun telah menyalahi peraturan yang ditetapkan Facebook..


Sabtu, 4 Ogos 2012

VIDEO: IBADAT MALAM DAN TARAWIH

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Hurm.. Sebelum ni aku kongsi dengan korang tentang klip video kelebihan ibadat puasa kan? Kali ni aku nak kongsi pula klip video tentang ibadat malam dan tarawih.. Terdapat salah fahan dikalangan masyarakat kita yang beranggapan ibadat solat tarawih ni hanya perlu dilakukan di masjid sahaja.. Namun sebaliknya ibadat tersebut boleh dilakukan dimana-mana sahaja tidak hanya di masjid.. Nak tahu? Jom layan klip video ibadat malam dan tarawih ni..




VIDEO: KELEBIHAN BULAN RAMADHAN

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Hurm.. Hari ni dah masuk hari ke 15 kita berpuasa kan? Macam mana dengan ibadat puasa korang? Okay? Harap harap okay lah ye.. Sebulan sekali je kan dalam setahun.. Rugi kalau kita mensia-siakan dengan melakukan sesuatu yang tak sepatutnya dibulan yang mulia ni..

Kali ni aku nak kongsi dengan pembaca blog Deen Azmee satu klip video yang menerangkan tentang kelebihan bulan Ramadhan.. Seperti mana yang kita sedia maklum, di bulan yang mulia ni syaitan dan konco konco nya dirantai supaya umat manusia dapat melakukan ibadat di bulan Ramadhan ni dengan selesa kan? Tapi agak menghairankan juga mengapa ada segelintit yang melakukan perbuatan mungkar di dalam bulan Ramadhan yang mulia ni? Bukan syaitan kena rantai kah? Nak tahu kenapa? Jom kita hayati klip video ni..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

:: MENU ::

Dunia (142) Tempatan (90) Video (36) Informasi (25) Artis (22) Gosip (17) Pelik (16) Misteri (14) Seram (12) Filem (10) Gambar (10) Agama (9) Muzik (9) Atlet (8) Band (7) Raja Lawak (7) Lirik (6) Segmen (6) Sukan (6) Kesihatan (4) Bloglist (3) Bola Sepak (3) Hukum (3) Produk (3) Ajaib (2) Blog (2) Blogger (2) Blogging (2) Novel (2) Gusti (1) Personal (1)