:: TERHANGAT DI PASARAN ::

Jumaat, 13 Januari 2012

RUMAH WARDINA SAFIYYAH DIROMPAK!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Rumah selebriti terkenal, Wardina Safiyyah di Bukit Antarabangsa dekat Ampang telah dirompak oleh tiga orang..




Selebriti terkenal, Wardina Safiyyah dirompak oleh tiga orang yang memasuki rumahnya di Bukit Antarabangsa dekat Ampang awal pagi tadi.

"Kami dirompak! Tiga perompak datang ke rumah kami baru tadi!" katanya dalam mesej Twitter dihantar sekitar 5 pagi.

Menurut Wardina, ketika dirompak mereka hanya mampu bersembunyi di sebalik selimut. Namun suaminya Ikhwan telah dipukul.

"Kesemua lima komputer riba telah diambil (oleh perompak)," katanya lagi.

Menurut Wardina, rompakan itu turut meninggalkan kesan ke atas anak-anaknya.

Mereka sekeluarga juga agak trauma di saat ini.

"Anak-anak nampak trauma sehingga muntah-muntah. Mujurlah ada rakan yang datang, rasa tenang sikit.

"Terima kasih juga kepada jiran-jiran yang prihatin," katanya.

Wardina juga memberitahu, dia terpaksa meminjam komputer riba jiran untuk memaklumkan insiden yang menimpa keluarganya.

Dalam mesej Twitternya, Wardina juga meminta bantuan orang ramai agar menghubungi anggota polis.

Jelas Wardina, dia juga tiada telefon bimbitnya dan hanya boleh dihubungi menerusi e-mel dan Facebook.

Ketika berita ini ditulis, Wardina berkata, polis dan unit forensik sudah pun sampai di rumahnya.

"Sekarang banyak kejadian rompakan. Saya nasihatkan agar orang ramai berhati-hati," katanya.


Sumber: Sinar Harian


P/S: Kesian.. Zaman sekarang ni ramai yang tak ada kerja.. Pendatang asing pun ramai.. Macam macam boleh berlaku..

Sekian, Wassalam

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

:: MENU ::

Dunia (142) Tempatan (90) Informasi (77) Kewangan (51) Unit Amanah (44) Video (36) Artis (22) Gosip (17) Pelik (16) Misteri (14) Seram (12) Filem (10) Gambar (10) Agama (9) Muzik (9) Atlet (8) Band (7) Raja Lawak (7) Lirik (6) Segmen (6) Sukan (6) Takaful (5) Kesihatan (4) Bloglist (3) Bola Sepak (3) Hukum (3) Produk (3) Ajaib (2) Blog (2) Blogger (2) Blogging (2) Novel (2) PRS (2) Gusti (1) Kerjaya (1) Personal (1)