Khamis, 12 Januari 2012

PEGAWAI AGENSI PEMULIHARAAN BERJAYA SELAMATKAN HARIMAU SUMATERA TERPERANGKAP

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Seekor harimau Sumatera yang hampir pupus ditemui dengan kesan sembilan kecederaan dipanah.. Harimau jantan berusia lima tahun itu diselamatkan oleh para pegawai agensi pemuliharaan..

AFP SEEKOR harimau Sumatera yang diselamatkan selepas memasuki perangkap di dalam hutan Muara Aman, Bengkulu kelmarin.



Seekor harimau Sumatera yang hampir pupus ditemui dengan kecederaan serius di seluruh badannya akibat terkena bahan tajam selepas termasuk dalam satu perangkap di dalam hutan Muara Aman di wilayah Bengkulu, kata beberapa pegawai semalam.

Harimau jantan berusia lima tahun itu ditemui kelmarin dengan kesan sembilan kecederaan dipanah, kata seorang ketua agensi pemuliharaan hidupan liar, Supartono.

"Semasa kami menemui haiwan itu, harimau tersebut terbaring lemah di tanah dengan kaki kiri terangkat, terperangkap dalam perangkap wayar yang dipasang pada dahan sebatang pokok," katanya.

Menurutnya, perangkap itu dipercayai dipasang oleh pemburu haram untuk menjual organ haiwan tersebut di pasaran gelap.

Harimau itu kemudian diselamatkan oleh para pegawai agensi pemuliharaan itu. - AFP


Sumber: Kosmo! Online


P/S: Elok sangat la dijaga spesis yang dah hampir pupus ni.. Kalau tak dipelihara generasi akan datang sekadar kenal binantang dalam laman web je.. Hurmmm..

Sekian, Wassalam

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

:: MENU ::

Dunia (142) Tempatan (90) Video (36) Informasi (25) Artis (22) Gosip (17) Pelik (16) Misteri (14) Seram (12) Filem (10) Gambar (10) Agama (9) Muzik (9) Atlet (8) Band (7) Raja Lawak (7) Lirik (6) Segmen (6) Sukan (6) Kesihatan (4) Bloglist (3) Bola Sepak (3) Hukum (3) Produk (3) Ajaib (2) Blog (2) Blogger (2) Blogging (2) Novel (2) Gusti (1) Personal (1)