:: TERHANGAT DI PASARAN ::

Khamis, 5 Januari 2012

DAGING KUCING REBUS PUNCA BILIONAIR MATI?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Kematian mengejut seorang bilionair, Long Liyuan, 49, selepas berkongsi makanan istimewa bahagian selatan negara itu iaitu hidangan daging kucing rebus dengan dua lagi lelaki dalam majlis makan tengahari perniagaan sedang menimbulkan tanda tanya kepada penyiasat polis sama ada punca kematian atau pembunuhan tersebut disebabkan hidangan daging kucing rebus..




Polis tawar RM49,702 untuk maklumat pembunuh hartawan

BEIJING: Kematian mengejut seorang bilionair di selatan China menyebabkan penyiasat polis tertanya-tanya sama ada punca kematiannya atau pembunuhannya disebabkan dia makan daging kucing.

Long Liyuan, 49, menemui ajal pada 23 Disember di wilayah Guangdong selepas berkongsi makanan istimewa bahagian selatan negara itu iaitu hidangan daging kucing rebus dengan dua lagi lelaki dalam majlis makan tengahari perniagaan.

Seorang lelaki itu yang juga pegawai tempatan, Huang Guang, ditahan Jumaat lalu kerana disyaki memasukkan racun herba ke dalam periuk mengandungi daging itu.

Pihak polis mensyaki Huang mempunyai motif membunuh Long kerana mereka terbabit dalam pertelagahan perniagaan.

Huang yang juga Timbalan Pengarah Pertanian pekan Bajia, Guangdong disyaki memasukkan racun herba ‘Gelsemiun elegans’ ke dalam periuk itu, lapor blog mikro penyiasat polis.

Tumbuhan beracun itu didapati dalam banyak kawasan hutan di beberapa tempat di China. Tiga lelaki itu jatuh sakit tetapi Long menemui ajal kerana dia paling banyak makan herba itu.

Long dan Huang bertemu untuk membincangkan kontrak perniagaan. Long yang mempunyai syarikat perhutanan di Guangdong mahu memajak tanah hutan dan membangunkannya, lapor Nanfang Daily, akhbar utama Parti Komunis, kelmarin.

Lelaki ketiga, Huang Wen yang juga rakan rapat Long berkata dia hanya makan sedikit selepas mendapati rasa masakan itu pahit daripada biasa.

Long yang makan lebih banyak pening dan sakit. Dia segera dihantar ke hospital dan diserang angin ahmar dan menghembuskan nafas terakhir.

Pada awalnya polis menahan pemilik restoran kerana mengesyaki menghidangkan makanan tidak bersih.

Ahli keluarga ahli perniagaan itu enggan mempercayainya ia kes keracunan makanan dan mendesak polis menyiasat lebih lanjut dan menawarkan hadiah 100,000 yuan (RM49,702) bagi maklumat kematiannya. – AP




P/S: Hurmmm.. Dunia bisnes ni macam macam.. Kawan pun boleh jadi lawan..

Sekian, Wassalam

4 ulasan:

aReLaN berkata...

giler ah makan kucing.yg bunuh tupon giler.kerana harta dunia manusia leh jd bukan manusia dah....

Nafisya Ismail berkata...

kembang tekak.. erkk..

deen azmee berkata...

@aReLaN

orang2 dekat sana memang suka makan pelik2.. hurmmm.. biasa la bila bab harta dunia ni yang rapat boleh jadi lawan..

deen azmee berkata...

@Nafisya Ismail

hehehe.. semua benda kalau boleh diorang nak makan.. ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

:: MENU ::

Dunia (142) Tempatan (90) Informasi (77) Kewangan (51) Unit Amanah (44) Video (36) Artis (22) Gosip (17) Pelik (16) Misteri (14) Seram (12) Filem (10) Gambar (10) Agama (9) Muzik (9) Atlet (8) Band (7) Raja Lawak (7) Lirik (6) Segmen (6) Sukan (6) Takaful (5) Kesihatan (4) Bloglist (3) Bola Sepak (3) Hukum (3) Produk (3) Ajaib (2) Blog (2) Blogger (2) Blogging (2) Novel (2) PRS (2) Gusti (1) Kerjaya (1) Personal (1)