Isnin, 2 Januari 2012

JEPUN BANGUNKAN VIRUS KESAN SERANGAN SIBER

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Jepun sedang membangunkan virus yang boleh mengesan sumber serangan siber dan meneutralkan programnya.. Senjata yang dibangunkan dengan kos 179 juta yen (RM7.3 juta), merupakan projek tiga tahun yang diberikan oleh kerajaan kepada pembuat teknologi, Fujitsu Ltd, untuk mencipta virus dan peralatan untuk memantau dan menganalisis serangan siber..




TOKYO: Jepun sedang membangunkan virus yang boleh mengesan sumber serangan siber dan meneutralkan programnya, menurut laporan akhbar Yomiuri Shimbun, semalam.

Senjata yang dibangunkan dengan kos 179 juta yen (RM7.3 juta), merupakan projek tiga tahun yang diberikan oleh kerajaan kepada pembuat teknologi, Fujitsu Ltd, untuk mencipta virus dan peralatan untuk memantau dan menganalisis serangan siber.

Amerika Syarikat dan China juga dilaporkan sudah mula menggunakan senjata siber ini.

Jepun akan membuat pindaan undang-undang untuk menggunakan senjata siber ini kerana ia melanggar undang-undang negara untuk mengeluarkan virus komputer.

November lalu, satu sistem komputer yang digunakan oleh 200 pejabat kerajaan Jepun telah diserang virus.

Pada Oktober lalu, komputer di Parlimen Jepun, diserang virus yang mungkin berasal daripada e-mel dari pelayan di China yang sebelum ini turut menyerang beberapa komputer penggubal undang-undang.

Komputer di pejabat kedutaan dan konsulat Jepun di sembilan buah negara juga dilaporkan telah dijangkiti virus pada musim panas lalu.

Buat masa ini, virus itu sedang diuji dalam “persekitaran tertutup” untuk memeriksa corak virus berkenaan. - AFP


Sumber: myMetro


P/S: Pergh! Jepun memang canggih dalam bidang IT..

Sekian, Wassalam

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

:: MENU ::

Dunia (142) Tempatan (90) Video (36) Informasi (25) Artis (22) Gosip (17) Pelik (16) Misteri (14) Seram (12) Filem (10) Gambar (10) Agama (9) Muzik (9) Atlet (8) Band (7) Raja Lawak (7) Lirik (6) Segmen (6) Sukan (6) Kesihatan (4) Bloglist (3) Bola Sepak (3) Hukum (3) Produk (3) Ajaib (2) Blog (2) Blogger (2) Blogging (2) Novel (2) Gusti (1) Personal (1)