Rabu, 25 Januari 2012

HAANA GADIS ISLAM PERTAMA MODEL LANCOME?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Seorang gadis dari Tunisia, Hanaa Ben Abdesslem, 22, menjadi model wanita Islam pertama menghiasi kosmetik wajah Lancome, lapor akhbar United Kingdom, Daily Mail.




Wanita Tunisia bangga keturunan, mahu ubah persepsi masyarakat

Seorang gadis dari Tunisia menjadi model wanita Islam pertama menghiasi kosmetik wajah Lancome, lapor akhbar United Kingdom, Daily Mail.

Hanaa Ben Abdesslem akan muncul dalam kempen baru syarikat kosmetik itu untuk bedak asas Teint Idole Ultra 24h.

Model berusia 22 tahun itu membuat kemunculan di atas pentas peragaan tahun lalu dan sejak itu menjadi model untuk Ralph Lauren, Oscar de la Renta dan Givenchy, memberitahu majalah New York.

“Menjadi model boleh jadi satu pilihan kerjaya juga. Saya bercadang untuk menukar salah faham ini dalam budaya saya. Saya bertemu seorang wanita Arab, Sophie Galal, yang berkongsi pandangan dan idea saya bagi menukar dan mendedahkan cabaran sebenar kerjaya model untuk dunia Arab.

“Beliau tidak lama kemudian menjadi pengurus saya dan memperkenalkan saya kepada IMG,” katanya.

Ketika Hanaa berharap untuk mengubah keadaan, dia masih berbangga dengan asal usulnya.
Dalam satu temuramah, dia berkata: “Negara saya kaya dalam sejarah dan tradisi. Ia adalah budaya yang dipengaruhi dan dibentuk hasil kejayaan ketamadunan yang termasuk masyarakat Berber, Phoenician, Roman, Fatimid, Arab dan Uthmaniyah.” saya membesar dikelilingi semua pengaruh. Saya berbangga menjadi sebahagian budaya itu.”

Daily Mail melaporkan bahawa langkah Lancome memperkenalkan seorang model Afrika Utara adalah sebahagian aliran lebih besar industri fesyen untuk memupuk kepelbagaian dalam bidang itu.

“Warisan ideal saya di Ford akan membuka idea mengenai kecantikan, bukan hanya klasik namun global,” kata ketua jabatan wanita Ford Paul Rowland, kepada akhbar New York Times.

“Saya mahu mencari gadis di Mesir atau Sri Lanka atau India, semua tempat di mana masyarakat tidak pandang.” – Agensi


Sumber: Berita Harian


P/S: Hurmmm.. Apa la nak dibanggakan sangat jadi model dedah aurat sana sini.. Tak nampak langsung ciri-ciri Islam.. Kalau jadi model pakaian Islam tak kisah sangat..

Sekian, Wassalam

1 ulasan:

Unknown berkata...

Tak patut langsung nak dibanggakan ..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

:: MENU ::

Dunia (142) Tempatan (90) Video (36) Informasi (25) Artis (22) Gosip (17) Pelik (16) Misteri (14) Seram (12) Filem (10) Gambar (10) Agama (9) Muzik (9) Atlet (8) Band (7) Raja Lawak (7) Lirik (6) Segmen (6) Sukan (6) Kesihatan (4) Bloglist (3) Bola Sepak (3) Hukum (3) Produk (3) Ajaib (2) Blog (2) Blogger (2) Blogging (2) Novel (2) Gusti (1) Personal (1)