:: TERHANGAT DI PASARAN ::

Rabu, 4 Januari 2012

EMPAT LELAKI DITAHAN BANTU KES KEPALA KHINZIR DEKAT MASJID AL-FALAH

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Entri ini adalah sambungan tentang isu sembilan kepala khinzir dekat Masjid Al-Falah.. Sini.. Empat lelaki telah ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung penemuan tengkorak dan daging yang dipercayai khinzir di luar pagar Masjid Al-Falah, Taman Desa Jaya, Johor Bharu..




JOHOR BHARU - Polis menahan empat lelaki semalam bagi membantu siasatan berhubung penemuan tengkorak dan daging yang dipercayai khinzir di luar pagar Masjid Al-Falah, Taman Desa Jaya di sini, Jumaat lepas.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata kesemua mereka yang berumur 15 hingga 33 tahun itu ditahan awal pagi semalam di sekitar bandar raya ini oleh pasukan khas bagi menyiasat kes itu, yang diketuai Timbalan Ketua Polis Johor Datuk Ismail Yatim.

"Polis dalam menjalankan siasatan kes berkenaan telah merakamkan percakapan

13 individu setakat ini. Polis juga ingin mengesan seorang lelaki berumur 40an bagi membantu siasatan," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor hari ini.

Mohd Mokhtar berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan orang ramai yang menyaksikan kejadian itu diminta tampil membantu siasatan.

Beliau berkata berkata pihaknya kini sedang menunggu keputusan Pejabat Veterinar Sepang, Selangor bagi mengesahkan sama ada tengkorak dan cebisan daging itu adalah khinzir atau sebaliknya.

Jumaat lepas, jemaah Masjid Al-Falah berkenaan terkejut dengan penemuan tengkorak dan daging yang dipercayai khinzir itu yang diletakkan di dua lokasi di masjid berkenaan.

Dalam kejadian pertama, kira-kira pukul 4.45 petang, Khamis lepas, empat kepala dipercayai khinzir itu ditemui di pagar belakang masjid berkenaan manakala lima lagi kepala dipercayai haiwan yang sama ditemui kira-kira pukul 6.30 pagi esoknya, di perkarangan luar pintu masuk masjid oleh jemaah yang ingin menunaikan solat subuh.


Sumber: Sinar Harian


P/S: Hukuman setimpal wajar dilaksanakan kepada mereka yang bertindak tidak menghormati rumah ibadat..

Sekian, Wassalam

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

:: MENU ::

Dunia (142) Tempatan (90) Informasi (77) Kewangan (51) Unit Amanah (44) Video (36) Artis (22) Gosip (17) Pelik (16) Misteri (14) Seram (12) Filem (10) Gambar (10) Agama (9) Muzik (9) Atlet (8) Band (7) Raja Lawak (7) Lirik (6) Segmen (6) Sukan (6) Takaful (5) Kesihatan (4) Bloglist (3) Bola Sepak (3) Hukum (3) Produk (3) Ajaib (2) Blog (2) Blogger (2) Blogging (2) Novel (2) PRS (2) Gusti (1) Kerjaya (1) Personal (1)