Jumaat, 6 Januari 2012

KODAK BAKAL BANKRAP?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Eastman Kodak Co. dilaporkan bersiap sedia untuk memfailkan perisytiharan bankrap sekiranya gagal menjual sejumlah 1,100 paten pengimejan digital..




Eastman Kodak Co. dilaporkan bersiap sedia untuk memfailkan perisytiharan bankrap ‘dalam masa beberapa minggu akan datang’ sekiranya syarikat perintis fotografi itu gagal menjual sejumlah 1,100 paten pengimejan digital.

Laporan Wall Street Journal (WSJ) itu menyebabkan harga saham Kodak jatuh ke paras terendah dalam sejarah semalam berikutan penjualan besar-besaran oleh para pelabur yang mengesyaki ikon dunia perniagaan Amerika tersebut tidak lagi mempunyai masa depan.

Penganalisis berkata, paten itu boleh dijual pada harga AS$2 bilion hingga AS$3 bilion (RM6.2 bilion-RM9.3 bilion), tetapi belum ada bakal pembeli yang tampil sejak Kodak mula menawarkannya pada Julai lepas.

Pada November lalu, syarikat berusia 131 tahun itu berkata, ia mungkin kehabisan wang tunai dalam tempoh setahun jika paten tersebut tidak dapat dijual.

Walaupun Kodak mengharapkan masa depan yang lebih cerah berlandaskan perniagaan mesin pencetaknya yang baru meningkat, syarikat itu melaporkan kerugian AS$222 juta (RM688 juta) pada suku tahun ketiga, iaitu kerugian suku tahun kesembilan dalam masa tiga tahun.

Ia juga melaporkan rizab tunainya merosot 10 peratus dalam masa tiga bulan.

Kodak kini berada dalam situasi terawang-awang.

“Kemungkinan Kodak boleh memfailkan perisytiharan bankrap bagi mendapatkan perlindungan daripada pemberi hutang, tetapi saya tidak fikir perkara itu akan berlaku kerana keperluan untuk wang tunai tidak begitu mendesak,” kata seorang broker Buckman, Buckman & Reid di New York, Ulysses Yannas.

Saham Kodak merosot AS$0.18 (RM0.56) atau 28.2 peratus untuk ditutup pada harga AS$0.47 (RM1.46) semalam.

Harga itu jatuh ke paras niaga terendah sebelum ini iaitu AS$0.54 (RM1.67) pada 30 September lalu apabila bocor berita Kodak telah mengambil khidmat sebuah firma guaman yang menasihatkan syarikat mengenai kebankrapan dan langkah penyusunan semula. – AGENSI




P/S: Hurmmm.. Macam ni la adat dalam bisnes.. Ada pasang surut..

Sekian, Wassalam

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

:: MENU ::

Dunia (142) Tempatan (90) Video (36) Informasi (25) Artis (22) Gosip (17) Pelik (16) Misteri (14) Seram (12) Filem (10) Gambar (10) Agama (9) Muzik (9) Atlet (8) Band (7) Raja Lawak (7) Lirik (6) Segmen (6) Sukan (6) Kesihatan (4) Bloglist (3) Bola Sepak (3) Hukum (3) Produk (3) Ajaib (2) Blog (2) Blogger (2) Blogging (2) Novel (2) Gusti (1) Personal (1)