:: TERHANGAT DI PASARAN ::

Khamis, 15 Disember 2011

5 FILEM KOMEDI TEMPATAN PALING LARIS DI MALAYSIA

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Aku merupakan antara peminat filem tempatan? Jika diberi pilihan jenis filem dekat Malaysia ni.. Aku akan meletakkan filem komedi ditempat pertama berbanding filem seram, aksi dan cinta.. Mengapa? Bagi aku dari segi mutu lawak memang ramai pelakon tempatan kita yang berbakat.. Kalau tak macam mana rancangan Raja Lawak dekat Astro tu boleh laku kan.. Tak percaya? Jom baca 5 filem komedi tempatan paling laris di Malaysia?




Lambakan filem komedi di Malaysia tidak pernah surut dalam industri perfileman tempatan dara masa ke semasa. Mungkin mendapat penerimaan dan sokongan penonton, kehadiran filem komedi telah berjaya meletakkan tempatnya tersendiri dalam carta filem dan semakin dihargai.

Mari kita saksikan antara filem komedi tempatan yang laris di Malaysia.

Geng: Pengembaraan Bermula (RM6.2 juta)

Bermula dengan majlis pelancaran siri pendek animasi "Upin & Ipin" sekitar tahun 2007 sehinggalah ia dibawa ke layar perak, filem ini berjaya meraih perhatian daripada pelbagai pihak antaranya ialah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia dengan sumbangan seperti wang tunai sebanyak RM1 juta. Selain daripada itu, Kementerian Pelancongan turut menyalurkan bantuan kewangan sebanyak RM200,000 untuk bahagian promosi. Diterbitkan oleh Les' Copaque Sdn Bhd , filem ini mengambil masa lebih kurang lapan bulan untuk penyelidikan. Ia berjaya meraih kutipan RM6.2 juta dan mereka yang menonton filem ini bukanlah tergolong daripada kanak-kanak sahaja. Filem ini mengisahkan sekumpulan kanak-kanak yang terdiri secara tidak sengaja telah sesat dalam hutan ketika mahu mengutip buah durian yang jatuh tetapi telah dimakan pantas oleh makhluk aneh. Pelbagai situasi telah berlaku ketika pengembaraan mereka di dalam hutan demi mencari makhluk tersebut.

Lagi-Lagi Senario (RM6.33 juta)

Filem komedi keluarga arahan Aziz M. Osman ini merupakan kesinambungan filem "Senario The Movie" dan "Senario Lagi". Dibintangi oleh kumpulan Senario, Wardina Safiyyah dan Acappan, "Lagi-Lagi Senario" telah mendapat kutipan tertinggi ketika tayangannya pada tahun 2001 sebelum dipintas oleh "Adnan Sempit" pada tahun 2010. Filem ini mengisahkan Wahid yang dibuang kerja telah bekerja bersama Azlee, Saiful Apek dan Yassin sebagai penebar roti canai di gerai yang diusahakan mereka yang telah mendapat sambutan sehinggalah Mazlan dan Wardina datang membuka gerai bersebelahan.

Adnan Sempit (RM7.66 juta)

Filem terbitan Metrowealth Pictures (MIG) ini telah berjaya memintas filem "Lagi-Lagi Senario" yang mendapat kutipan sepanjang masa sejak daripada tahun 2001. Filem arahan Ahmad Idham ini menampilkan Shaheizy Sam dan Intan Ladyana sebagai peneraju utama. Ia mengisahkan Adnan yang bekerja sebagai penghantar surat di syarikat kepunyaan bapa Nadia. Selepas berlaku satu insiden, Nadia mula berjinak-jinak dengan dunia rempit.

Hantu Kak Limah Balik Rumah (RM7.9 juta)

Filem komedi seram arahan Mamat Khalid ini ditayangkan di pawagam pada 9 Disember 2010. Ia dibintangi oleh penyanyi rock popular Awie, Man Kadir, Johan Raja Lawak, Shy8 dan Soffi Jikan yang berlatarbelakangkan suasana Kampung Pisang selepas kemunculan zombie. Walaubagaimanapun filem ini bukanlah kesinambungan filem "Zombie Kampung Pisang", tetapi lebih ke arah situasi yang berlaku di kampung tersebut.

Ngangkung (RM8.9 juta)

Filem bercorak komedi seram ini telah diarahkan oleh pengarah baru, Ismail Bob Hashim dan berjaya mendapat kutipan RM8.9 juta. Filem ini turut dicatatkan dalam Malaysia Book Of Records 2011 sebagai filem yang menerima kutipan box office tertinggi sepanjang tahun 2010. "Ngangkung" menampilkan Shaheizy Sam, Angah Raja Lawak dan Azad Jasmin sebagai peneraju filem mengisahkan kehidupan anak muda yang terjebak dalam perjudian nombor ekor.


Sumber: Yahoo


P/S: Memang tak dinafikan kelima-lima filem ni memang kelakar.. Lebih lebih lagi filem Hantu Kak Limah Balik Rumah..

Sekian, Wassalam

8 ulasan:

محمد رازيق berkata...

menarik, ye aku pun letak filem komedi atas seklia.. terbaik. salam kenal.. free2 jmput singgah blog, cahayamata.

ahsfantasy24 berkata...

Hantu Kak Limah tu best !
memang suka tengokkk :)

TiTi berkata...

tp hantu kak limah lar yg paling rowk! ngangkung tak lar kelakar mana pun :D

aReLaN berkata...

malaysia klu wat cter slen lawak cam fail sket je.hahaha..org malaysia suka bergelak ketawa tgk cter lawak.leh release tensen.leh tgk satu family.

deen azmee berkata...

@محمد رازيق

terima kasih singgah sini.. filem komedi ramai pelawak tanah air yg berbakat.. mcm2 filem yg lain tu sekadar boleh la..

deen azmee berkata...

@ahsfantasy24

mmg tak kering gusi tengok telatah ucop wilcha dgn johan.. kelakar!

deen azmee berkata...

@TiTi

hehehe.. tu la kan.. ;)

deen azmee berkata...

@aReLaN

yup! betoi tu bro.. mmg filem genre komedi antara yg terbaek.. hehehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

:: MENU ::

Dunia (142) Tempatan (90) Informasi (77) Kewangan (51) Unit Amanah (44) Video (36) Artis (22) Gosip (17) Pelik (16) Misteri (14) Seram (12) Filem (10) Gambar (10) Agama (9) Muzik (9) Atlet (8) Band (7) Raja Lawak (7) Lirik (6) Segmen (6) Sukan (6) Takaful (5) Kesihatan (4) Bloglist (3) Bola Sepak (3) Hukum (3) Produk (3) Ajaib (2) Blog (2) Blogger (2) Blogging (2) Novel (2) PRS (2) Gusti (1) Kerjaya (1) Personal (1)