Rabu, 7 Disember 2011

5 AHLI GUSTI BERJAYA CIPTA NAMA DALAM BIDANG LAKONAN

Assalamualaiku & Salam Sejahtera


Hurmmm.. Entri kali ni aku nak berceloteh pasal karier pula.. Bukan suatu yang mudah ye bila seseorang beralih dari satu karier kepada karier yang lain.. Tapi dengan minat, fokus, dan azam yang tinggi tidak dinafikan ramai yang telah membuktikan mereka lebih berjaya berbanding karier asal.. Aku bagi contoh didalam negara kita sendiri, ramai pasti kenal dengan Allahyarham Dato' Sudirman Haji Arshad bukan? Sebelum Allahyarham berkecimpung dalam bidang nyanyian, beliau merupakan seorang peguam.. Tapi seperti yang kita lihat hari ni Allahyarham telah berjaya mencipta nama dalam karier sebagai seorang pemuzik.. Begitu juga dengan Dato' Chef Wan atau nama sebenar Redzuawan Bin Ismail.. Beralih karier dari seorang akauntan kepada bidang masakan.. Ramai lagi la yang telah berjaya setelah beralih kepada karier baru..


Dari arena gusti ke bidang lakonan




Bukan mudah untuk seseorang bertukar karier kerana perbezaan suasana dan cara pembawakan diri. Namun jika berusaha untuk menyesuaikan diri, pasti akan berjaya. Terdapat beberapa ahli gusti terkenal telah melangkah ke dunia lakonan. Ada yang berjaya mencipta nama dan ada juga yang menjadi pelakon tempelan untuk melariskan filem.

Mari kita saksikan lima ahli gusti yang telah berjaya mencipta nama dalam bidang lakonan.


Kane



Profil:

Pemilik nama Glenn Thomas Jacobs yang dilahirkan pada 26 April 1967 di Sepanyol memulakan kariernya sebagai ahli gusti sekitar tahun 1992. Dia mula menyertai kejohanan gusti dunia (WWF) pada tahun 1995. Namun kini Kane tidak begitu aktif dalam arena gusti akibat kecederaan yang pernah dialaminya.

Filem yang menjadikannya bintang:

Filem pertamanya, "See No Evil" telah menerima pelbagai kritikan tetapi berjaya membuatkan orang ramai lebih mengenali namanya. Kane memegang watak sebagai Jacob Goodnight, seorang pesakit mental yang melakukan pembunuhan dan diakhiri dengan mengorek mata mangsa.


Dwayne Johnson




Profil:

Pasti ramai yang cukup kenal dengan frasa "Do you smeel what's the Rock is cooking?" jika menonton WWF. Siapa yang tidak kenal dengan lelaki gagah di atas gelanggang yang menggunakan nama samaran The Rock atau nama sebenarnya Dwayne Douglas Johnson? Dwayne merupakan antara ahli gusti yang telah berjaya mencipta nama dalam bidang lakonan. Mengikut jejak langkah datuknya, Peter Maivia dan ayahnya, Rocky Johnson, Dwayne telah menyertai WWF pada tahun 1995.

Filem yang menjadikannya bintang:

Dwayne pertama kali muncul di layar perak menerusi filem "The Mummy Returns" dan menerima kritikan positif. Selepas itu namanya telah melonjak naik dan menerima tawaran berlakon dalam filem seperti "The Scorpion King", "Fast Five", "Tooth Fairy" dan juga "The Game Plan".


John Cena





Profil:

Dilahirkan pada 23 April 1977, John Felix Anthony Cena telah memulakan kariernya sebagai ahli gusti profesional pada tahun 2000 dan telah memenangi 19 kejuaraan secara keseluruhan. Selain daripada ahli gusti, Cena juga merupakan seorang pelakon, penyanyi rap dan juga personaliti televisyen.

Filem yang menjadikannya bintang:

Tanpa perlu disangkal lagi, filem yang berjaya menaikkan namanya sebagai pelakon adalah "The Marine" di mana dia memegang watak utama bernama John Triton. Malah dia pernah dicalonkan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik untuk dua buah filem, "12 Rounds" dan "Legendary".


Steve Austin





Profil:

Steven James Anderson atau kini ditukar kepada Steven James Williams lebih dikenali sebagai Steve Austin Stone Cold di kalangan peminatnya. Dilahirkan pada 18 Disember 1964, Austin sebelum ini menyertai bidang bola sepak tetapi bertukar ke arena gusti kerana merasakan ia lebih sesuai dengan dirinya. Dia pernah dinobatkan sebagai Bintang Gusti Paling Popular dalam sejarah WWF. Kini dia sudah bersara daripada arena gusti.

Filem yang menjadikannya bintang:

"The Longest Yard" seharusnya dinamakan sebagai Filem Bersama Ahli Gusti memandangkan beberapa ahli gusti turut terlibat termasuklah Austin. Dia memegang watak Guard Dunham dalam filem olahan semula tahun 1974 yang mengisahkan seorang bekas pemain bola sepak dipaksa melatih banduan yang akan menentang pengawal penjara.


Hulk Hogan





Profil:

Percaya atau tidak, Terrace Gene "Terry" Bollea merupakan ahli gusti paling popular sepanjang zaman. Lahir pada 11 Ogos 1953, warganegara Itali, Perancis dan Panama ini dikenali dengan nama komersil Hulk Hogan. Minat beliau untuk menjadi ahli gusti profesional bermula sejak berusia 16 tahun lagi dan ketika itu idolanya adalah Dusty Rhodes dan "Superstar" Billy Graham.

Filem yang menjadikannya bintang:

Filem yang telah berjaya menarik perhatian peminat tidak lain tidak bukan adalah "Rocky 3". Dalam siri "Rocky" ini, Hogan memegang watak sebagai Thunderlips, pelakon pembantu yang telah bergusti dengan Rocky dalam perlawanan gusti amal.


Sumber: Yahoo


P/S: Dalam ramai ramai aku nampak The Rock yang paling berjaya kot..

Sekian, Wassalam

3 ulasan:

iza berkata...

Assalam..
Ooo, itulah rupa Hulk Hogan..baru tau..

Tanpa Nama berkata...

the rock paling menonjol.aku suka tengok aksi dia.john cena pun tak kurang hebatnya.

Tanpa Nama berkata...

Xbrp kenal

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

:: MENU ::

Dunia (142) Tempatan (90) Video (36) Informasi (25) Artis (22) Gosip (17) Pelik (16) Misteri (14) Seram (12) Filem (10) Gambar (10) Agama (9) Muzik (9) Atlet (8) Band (7) Raja Lawak (7) Lirik (6) Segmen (6) Sukan (6) Kesihatan (4) Bloglist (3) Bola Sepak (3) Hukum (3) Produk (3) Ajaib (2) Blog (2) Blogger (2) Blogging (2) Novel (2) Gusti (1) Personal (1)