Ahad, 8 Januari 2012

GUNA FACEBOOK PESONG AKIDAH?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Trend terbaharu individu yang tidak dikenali yang mengunakan laman sosial Facebook untuk memesongkan akidah adalah cukup membimbangkan memandangkan golongan remaja khususnya wanita Islam kerap berkenalan dengan individu tidak dikenali di laman sosial tersebut..

SEBAHAGIAN orang ramai yang hadir pada program Himpun di Paroi, Seremban semalam.



SEREMBAN - Golongan remaja khususnya wanita Islam dinasihat supaya berhati-hati ketika berkenalan dengan individu tidak dikenali di Facebook kerana terdapat aktiviti untuk memesongkan akidah mereka menggunakan laman sosial berkenaan.

Setiausaha Agung Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Aminuddin Yahaya berkata, perkara itu terbongkar selepas kajian yang dijalankan oleh Sekretariat Himpunan Sejuta Umat (Himpun) baru-baru ini.

Katanya, trend terbaharu itu cukup membimbangkan memandangkan golongan remaja kerap berkenalan dengan individu tidak dikenali di Facebook.

"Bermula dengan berkenalan, kemudian membuahkan bibit-bibit cinta. Jadi ketika bercinta apa sahaja mereka sanggup lakukan termasuklah keluar daripada agama Islam.




P/S: Awas! Jangan mudah hanyut dan terpedaya dengan individu yang tidak dikenali yang telah menambah sebagai kenalan di Facebook..

Sekian, Wassalam

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

:: MENU ::

Dunia (142) Tempatan (90) Video (36) Informasi (25) Artis (22) Gosip (17) Pelik (16) Misteri (14) Seram (12) Filem (10) Gambar (10) Agama (9) Muzik (9) Atlet (8) Band (7) Raja Lawak (7) Lirik (6) Segmen (6) Sukan (6) Kesihatan (4) Bloglist (3) Bola Sepak (3) Hukum (3) Produk (3) Ajaib (2) Blog (2) Blogger (2) Blogging (2) Novel (2) Gusti (1) Personal (1)