Isnin, 30 Januari 2012

AL-QURAN DIBUANG DALAM GUNI DI LONGOKKAN SAMPAH!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Biadap! Penemuan sebanyak 15 naskah Al-Quran dan beberapa naskah surah Yasin, kitab ilmu Tauhid dan Fiqah yang mengandungi ayat suci Al-Quran telang dibuang didalam guni dilongokkan sampah..

Inilah sebahagian naskhah al-Quran yang dibuang di Kawasan Perindustrian Ringan Jerantut, Pahang semalam.



Tidak bertanggungjawab dan tidak sensitif. Itu yang berlaku apabila penduduk di sekitar Kawasan Perindustrian Ringan Jerantut di sini dikejutkan dengan penemuan naskhah al-Quran, muqaddam dan kitab agama dibuang bersama dengan sampah.

Keadaan itu mengundang rasa tidak puas hati mereka apatah lagi kitab suci berkenaan ditemui terbiar dalam guni besar di celah longgokan sampah di hadapan sebuah premis di kawasan tersebut petang kelmarin.

Selain 15 naskhah al-Quran, turut ditemui bersama longgokan sampah berkenaan ialah surah Yasin, serta kitab ilmu Tauhid dan Fiqah yang mengandungi ayat suci al-Quran.

Kesemua kitab suci itu ditemui bersama dengan buku rampaian sekolah, kertas dan fail yang dibuang di kawasan berkenaan.


Sumber: Kosmo! Online


P/S: Siapa punya angkara la agaknya.. Tak sensitif dan tak bertangungjawab.. Biadap sungguh! Grrrrrrr..

Sekian, Wassalam

2 ulasan:

Ammar berkata...

Jahil sungguh!!

Admin berkata...

masyarakat perlu didedahkan cara2
untu melupuskan al Quran..
sedih tengok ~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

:: MENU ::

Dunia (142) Tempatan (90) Video (36) Informasi (25) Artis (22) Gosip (17) Pelik (16) Misteri (14) Seram (12) Filem (10) Gambar (10) Agama (9) Muzik (9) Atlet (8) Band (7) Raja Lawak (7) Lirik (6) Segmen (6) Sukan (6) Kesihatan (4) Bloglist (3) Bola Sepak (3) Hukum (3) Produk (3) Ajaib (2) Blog (2) Blogger (2) Blogging (2) Novel (2) Gusti (1) Personal (1)