Selasa, 3 Januari 2012

MAKANAN RINGAN MEROSAKKAN OTAK?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Kajian terbaru penyelidik dari Universiti Sains dan Kesihatan Oregon mendapati makanan ringan bukan sahaja merosakkan gigi dan menambah berat badan tetapi ia turut merosakkan otak.. Hal ini berikutan bahan kimia lemak trans yang ditemui dalam makanan berminyak dan makanan yang diproses, menghantar isyarat bercampur serta merosakkan otak..




LONDON 2 Jan. - Kajian terbaru mendapati makanan ringan bukan sahaja merosakkan gigi dan menambah berat badan tetapi ia turut merosakkan otak.

Ini berikutan bahan kimia lemak trans yang ditemui dalam makanan berminyak dan makanan yang diproses, menghantar isyarat bercampur serta merosakkan otak.

Keadaan itu menyebabkan keupayaan otak untuk mengawal selera makan berkurangan.

Penyelidik dari Universiti Sains dan Kesihatan Oregon, Gene Bowman berkata, pada dasarnya, dengan makan makanan ringan, otak lama-kelamaan semakin tidak berupaya dan tidak sedar apa yang telah dimakan dan membuatkan seseorang itu terus lapar dan makan.

‘‘Ia jelas lemak trans tidak baik untuk jantung dan otak,’’ katanya.

Kerosakan otak merupakan perkara terbaru dalam senarai masalah kesihatan yang berlaku ekoran pemakanan lemak trans atau lemak tidak tepu.

Walaupun, kajian Bowman agak terhad kepada responden di kalangan golongan berumur berkulit putih di Oregon, tetapi ia disokong oleh kajian-kajian sebelum ini yang mengutarakan perbezaan kesan makanan ringan yang sedap dan tidak sedap.

Restoran di New York dan Switzerland mengharamkan hidangan makanan yang mengandungi lemak trans. – AGENSI


Sumber: Utusan Malaysia


P/S: Makan ala kadar sudah.. Jangan jadikan makan ringan sebagai makanan ruji dah la.. Memang macam macam penyakit boleh datang.. Hurmmm..

Sekian, Wassalam

4 ulasan:

~:: awE ::~ berkata...

kalau coklat dikira cam mana?

Unknown berkata...

ada baca kat paper tadi

Udin berkata...

@awe

bagi saya takpa kot makan makanan macam ni cuma jangan jadikan sebagai makanan ruji dah la.. sekadar ala kadar sudah.. macam coklat pun kalau terlebih makan boleh mendatangkan penyakit juga kan.. hehehe..

Udin berkata...

@rozuan ismail

sekadar berkongsi aja wan.. hehehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

:: MENU ::

Dunia (142) Tempatan (90) Video (36) Informasi (25) Artis (22) Gosip (17) Pelik (16) Misteri (14) Seram (12) Filem (10) Gambar (10) Agama (9) Muzik (9) Atlet (8) Band (7) Raja Lawak (7) Lirik (6) Segmen (6) Sukan (6) Kesihatan (4) Bloglist (3) Bola Sepak (3) Hukum (3) Produk (3) Ajaib (2) Blog (2) Blogger (2) Blogging (2) Novel (2) Gusti (1) Personal (1)