Khamis, 19 Januari 2012

PENGASAS YAHOO LETAK JAWATAN

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Pengasas bersama Yahoo, Jerry Yang melepaskan gelaran sebagai "ketua Yahoo” selepas hampir dua dekad menerajuinya..




Pengasas bersama Yahoo, Jerry Yang memutuskan untuk meninggalkan syarikat itu, di tengah-tengah kemelut, selepas hampir dua dekad menerajuinya.

Keputusan mengejutkan itu diumumkan semalam, kira-kira dua minggu selepas Yahoo Inc melantik bekas eksekutif PayPal, Scott Thomson sebagai ketua pegawai eksekutifnya.

Washington Post memetik laporan media berkata, Yang melahirkan sokongan ke atas Thompson dalam keputusannya meninggalkan lembaga pengarah Yahoo.

Beliau menganggotai lembaga pengarah sejak ia ditubuhkan pada 1995.

Yang juga meletakkan jawatan dari lembaga Alibaba Group dan Yahoo Japan. Yahoo sedang mengadakan perundingan untuk menjual pegangan di kedua-dua syarikat itu.

Selain itu, Yang juga akan melepaskan gelaran sebagai "ketua Yahoo”.


Sumber: Sinar Harian


P/S: Berundur secara profesional..

Sekian, Wassalam

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

:: MENU ::

Dunia (142) Tempatan (90) Video (36) Informasi (25) Artis (22) Gosip (17) Pelik (16) Misteri (14) Seram (12) Filem (10) Gambar (10) Agama (9) Muzik (9) Atlet (8) Band (7) Raja Lawak (7) Lirik (6) Segmen (6) Sukan (6) Kesihatan (4) Bloglist (3) Bola Sepak (3) Hukum (3) Produk (3) Ajaib (2) Blog (2) Blogger (2) Blogging (2) Novel (2) Gusti (1) Personal (1)