Jumaat, 6 Januari 2012

GENG KONGSI GELAP RELA KONGSI ISTERI?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Pendedahan akhbar Harian Metro lagi tentang isu kumpulan kongsi gelap.. Seorang bekas pengikut sebuah kumpulan kongsi gelap mendedahkan bahawa antara sumpah atau ikrar yang dilafazkan ketika upacara khas untuk merekrut ahli baru adalah rela berkongsi isteri..




KUALA LUMPUR: Rela berkongsi isteri. Itu antara sumpah atau ikrar yang dilafazkan ketika upacara khas atau ritual untuk merekrut ahli baru bagi satu kumpulan kongsi gelap.

Perkara itu didedahkan seorang bekas pengikut kumpulan berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Burn, 23 dan pemuda terbabit juga meminta nama kumpulan itu dirahsiakan demi keselamatannya.

Burn yang menganggotai kumpulan itu selama tiga tahun, nekad meninggalkannya pertengahan tahun lalu selepas sering diugut rakan sekumpulan kerana gagal melunaskan bayaran bulanan selain diarah melakukan jenayah seperti memukul orang dan bergaduh.

Menceritakan lebih lanjut mengenai upacara merekrut ahli baru kumpulan dianggotainya itu, Burn berkata, dia dan beberapa bakal ahli dibawa ke sebuah tokong di selatan tanah air yang terletak jauh dari pusat bandar.

“Upacara merekrut ahli baru ini dilakukan dalam skala besar atau kecil mengikut berapa ramai ahli baru yang akan direkrut dan kebiasaannya dilakukan pada lewat malam,” katanya sambil menjelaskan penyertaannya dalam kumpulan itu disebabkan terpengaruh dengan pujukan rakan.


Sumber: myMetro


P/S: Gila! Sanggup ke berkongsi isteri?

Sekian, Wassalam

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

:: MENU ::

Dunia (142) Tempatan (90) Video (36) Informasi (25) Artis (22) Gosip (17) Pelik (16) Misteri (14) Seram (12) Filem (10) Gambar (10) Agama (9) Muzik (9) Atlet (8) Band (7) Raja Lawak (7) Lirik (6) Segmen (6) Sukan (6) Kesihatan (4) Bloglist (3) Bola Sepak (3) Hukum (3) Produk (3) Ajaib (2) Blog (2) Blogger (2) Blogging (2) Novel (2) Gusti (1) Personal (1)