Ahad, 8 Januari 2012

5,000 ARTIFAK KAPAL TITANIC DILELONG

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Lima ribu artifak yang ditemui dari kapal Titanic yang terkubur di Lautan Atlantik termasuk kepingan badan kapal itu seberat 17 tan, hingga pinggan mangkuk yang pernah digunakan untuk penumpang kelas pertama, akan dilelong dalam satu sesi jualan oleh firma lelongan Guernsey’s Auctioneers pada 11 April ini, genap 100 tahun selepas pelayaran pertama Titanic ke bandaraya ini yang menjadi destinasi sebenar kapal itu apabila ia tenggelam selepas terlanggar bongkah ais di luar Newfoundland..

MATA wang dolar dan sekeping syiling emas yang ditemui dalam bangkai kapal Titanic adalah antara barangan yang akan dilelong 11 April ini. Gambar kecil jam poket kepunyaan penumpang kelas tiga kapal Titanic dikenali William Hanry Allen dipamerkan pada pra tonton di New York kelmarin.



Jualan dijangka raih RM595 juta

NEW YORK: Lima ribu artifak yang ditemui dari kapal Titanic yang terkubur di Lautan Atlantik termasuk kepingan badan kapal itu seberat 17 tan, hingga pinggan mangkuk yang pernah digunakan untuk penumpang kelas pertama, akan dilelong di sini 100 tahun selepas kapal itu karam.

Koleksi tidak pernah dikumpul sebelum ini akan dilelong dalam satu sesi jualan oleh firma lelongan Guernsey’s Auctioneers pada 11 April ini, genap 100 tahun selepas pelayaran pertama Titanic ke bandaraya ini yang menjadi destinasi sebenar kapal itu apabila ia tenggelam selepas terlanggar bongkah ais di luar Newfoundland.

Guernsey’s menyifatkan lelongan itu sebagai “bersejarah” dan berkata ia adalah “pertama dan satu-satunya objek lelongan yang diselamatkan dari tapak kapal karam Titanic sedalam empat kilometer di dasar laut.”

Pelelong menganggarkan barangan itu akan dijual dengan harga AS$189 juta (RM594.59 juta).

Barangan itu, beberapa yang dipamerkan kelmarin, mengingatkan kembali kisah mengerikan membabitkan1,500 penumpang yang maut apabila kapal White Star yang sepatutnya tidak boleh tenggelam, belayar keluar dari Southampton, England, karam.

Presiden Guernsey’s, Arlen Ettinger, berkata koleksi itu perlu kekal sebagai satu lot tunggal untuk “menggambarkan memori kapal hebat” dan “supaya generasi akan datang sentiasa mempunyai peluang melihatnya.”

Pusat lelongan berkata jualan itu “bergantung kepada perjanjian dan syarat tertentu bagi memastikan koleksi itu akan dikekalkan dengan baik dan boleh dipamerkan kepada orang awam.”

Ia termasuk kit bercukur hinggalah mainan kanak-kanak, paip tembakau dan butang tembaga pada seragam biru laut tentera dipakai Kapten Edward Smith dan pegawainya.

Gambaran kehidupan glamor di atas kapal terserlah dengan adanya barangan seperti botol kristal dari kabin kelas pertama, lampu hiasan yang pecah dari A la Carte Restaurant, pinggan mangkuk perak dan tembikar biru emas.

Tinggalan bahagian kapal yang masih berfungsi juga berada dalam blok lelongan. Kompas dipantau pegawai pemerhati bilik kawalan turut dijual bersama lampu, tiga wisel gangsa dari saluran dan sebuah loceng.

Antara objek paling menarik perhatian adalah megafon yang dijaga dengan baik. Pelelong berkata ia mungkin yang digunakan kapten ketika beliau mengarahkan pengosongan ke dalam bot penyelamat dan memberi arahan terakhirnya:
“Tinggalkan kapal.”

Naib presiden Koleksi Titanic dan seorang pengumpul, Alex Klingelhofer berkata Titanic melangkaui imaginasi dunia sebagai sebagai sebuah “bandar terapung” dan kapal “impian dan harapan.” Kapal yang boleh memuatkan 2,200 penumpang, ia adalah objek bergerak terbesar pernah dibina ketika itu.

Apabila kapal itu karam, “ ia menjadi insiden paling tragik dalam abad ke-20 dan terus diingati hingga sekarang,” katanya.

Barangan itu ditemui dalam beberapa siri ekspedisi sejak 1987 oleh sebuah syarikat digelar RMS Titanic, anak syarikat Premier Exhibitions, yang menubuhkan muzium dan pameran lain.

Ketua syarikat penyelidikan dasar laut, Paul-Henry Nargeolet, , mengingati penemuan itu pada 1987. Apabila pasukan dalam kapal selam khas menyaksikan bangkai kapal: “Kami tidak terpegun selama 10 minit.”

Mereka melihat “bahagian paling cantik kapal itu, ia mudah untuk membayangkan penumpang yang tinggal di dalamnya.”

Premier Exhibitions berkata ia berhasrat untuk menyalurkan bahagian hasil jualan dijana lelongan itu kepada Tabung Amanah Pemuliharaan Titanic, sebuah dana kebajikan diwujudkan syarikat untuk pemuliharaan akan datang dan penyelenggaraan artifak dikeluarkan dari bangkai kapal. – AFP




P/S: Fuyooo.. Macam menarik juga ni..

Sekian, Wassalam

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

:: MENU ::

Dunia (142) Tempatan (90) Video (36) Informasi (25) Artis (22) Gosip (17) Pelik (16) Misteri (14) Seram (12) Filem (10) Gambar (10) Agama (9) Muzik (9) Atlet (8) Band (7) Raja Lawak (7) Lirik (6) Segmen (6) Sukan (6) Kesihatan (4) Bloglist (3) Bola Sepak (3) Hukum (3) Produk (3) Ajaib (2) Blog (2) Blogger (2) Blogging (2) Novel (2) Gusti (1) Personal (1)