Isnin, 9 Januari 2012

11 MAUT BELON UDARA TERBAKAR DI NEW ZEALAND

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Nahas udara yang disifatkan terburuk di New Zealand sejak hampir 50 tahun apabila sebuah belon udara panas membawa sebelas orang bertukar menjadi "api menjulang" semalam selepas ia terlanggar kabel elektrik dekat sebuah bandar di pedalaman New Zealand..

PEGAWAI polis, Superintendan ent Mike Rusbatch (kiri) mengadakan sidang akhbar berhampiran lokasi belon udara terhempas di New Zealand semalam.-Reuters



WELLINGTON, New Zealand - Sebuah belon udara panas membawa sebelas orang bertukar menjadi "api menjulang" semalam selepas ia terlanggar kabel elektrik dekat sebuah bandar di pedalaman New Zealand, kata polis dan beberapa saksi.

Semua yang menaiki belon udara itu maut dalam nahas udara yang disifatkan terburuk di New Zealand sejak hampir 50 tahun.

Belon udara panas itu terhempas dekat bandar Carterton, kawasan yang terkenal dengan sukan belon udara di New Zealand. Nahas berlaku pada waktu pagi ketika cuaca baik.

Seorang pegawai polis, Superintendan Mike Rusbatch berkata, juruterbang dan lima pasangan dari bandar raya ini yang terletak sekitar 95 kilometer dari tempat kejadian, disahkan terbunuh.

"Ia tragedi paling dahsyat," kata seorang pegawai polis lain, Brent Register.

Menurut Rusbatch, kemalangan dipercayai berpunca daripada raga yang membawa penumpang dan juruterbang belon udara berkenaan terlanggar kabel elektrik. Pelanggaran tersebut telah mencetuskan kebakaran.

Beberapa saksi memberitahu media tempatan, mereka melihat api setinggi 10 meter menjulang daripada raga penumpang sebelum ia terhempas ke sebuah kawasan ladang.

"Raga itu tersangkut pada kabel elektrik pada ketinggian sekitar 50 meter dan mula terbakar. Seluruh raga dijilat api apabila belon udara tersebut berjaya terbang semula. Api kemudian membakar keseluruhan belon udara itu sebelum ia terhempas ke tanah," kata seorang saksi Bevan Lambeth.

Satu-satunya mangsa yang telah dikenal pasti setakat ini ialah juruterbang dan pemilik belon udara berkenaan, Lance Hopping.

Pegawai penyiasat tempatan, Peter Williams memberitahu, pasukan penyiasat sudah memeriksa lokasi nahas tetapi masih belum menyoal saksi-saksi kejadian.

Katanya, siasatan mungkin mengambil masa selama setahun.

Menurutnya, nahas udara kali ini adalah yang terburuk di New Zealand sejak tahun 1963 apabila sebuah pesawat DC3 terhempas di Banjaran Kaimai dengan menyebabkan semua 23 penumpang dan kru terkorban. - Agensi

SAUDARA-MARA dan rakan meratapi kematian 11 orang selepas sebuah belon udara panas terhempas dekat bandar Carterton. - AFP


Sumber: Kosmo! Online


P/S: Kesian.. Ni la dikatakan malamg tidak berbau.. Siapa boleh jangkakan? Hurmmm..

Sekian, Wassalam

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

:: MENU ::

Dunia (142) Tempatan (90) Video (36) Informasi (25) Artis (22) Gosip (17) Pelik (16) Misteri (14) Seram (12) Filem (10) Gambar (10) Agama (9) Muzik (9) Atlet (8) Band (7) Raja Lawak (7) Lirik (6) Segmen (6) Sukan (6) Kesihatan (4) Bloglist (3) Bola Sepak (3) Hukum (3) Produk (3) Ajaib (2) Blog (2) Blogger (2) Blogging (2) Novel (2) Gusti (1) Personal (1)