Khamis, 5 Januari 2012

SALAM GENGSTER TANDA GENG KONGSI GELAP

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Pendededahan akhbar Harian Metro hari ini tentang beberapa isyarat salam tangan yang sering digunakan oleh ahli kumpulan kongsi gelap.. Ibu bapa harus mengawasi anak mereka kerana beberapa kumpulan kongsi gelap kini aktif merekrut ahli termasuk di kalangan pelajar sekolah..




KUALA LUMPUR: Awasi dan perhatikan cara anak remaja anda bersalam dengan rakan, rantai kunci digunakan serta pelekat yang ditampal pada beg sekolah atau motosikal kerana itu semua petanda penting untuk mengesan kemungkinan mereka menjadi ahli kumpulan kongsi gelap.

Itu mesej penting disampaikan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman, Datuk Abd Jalil Hassan kepada ibu bapa selepas siasatan polis mendapati beberapa kumpulan kongsi gelap kini aktif merekrut ahli termasuk di kalangan pelajar sekolah.

KEPALA HARIMAU...jari membentuk seakan binatang.

Menurutnya, biarpun kegiatan itu masih dalam kawalan pihak berkuasa, kesedaran dan kerjasama ibu bapa serta pihak sekolah penting bagi menyekatnya daripada terus berleluasa.

“Pengetahuan ini penting kepada ibu bapa bagi membolehkan mereka mengesan pembabitan anak masing-masing dalam kegiatan kongsi gelap. Kalau ibu bapa tidak tahu, macam mana mereka hendak menghalang dan mengawal pergerakan anak,” katanya ketika ditemui Harian Metro di pejabatnya, di sini.

PELIK...satu lagi cara bersalam ahli kumpulan 77.

Menurutnya, antara kumpulan kongsi gelap yang dikesan cuba meluaskan pengaruhnya di kalangan remaja termasuk geng Double Seven (77), 36, 08, 04 dan 108.


Sumber: myMetro


P/S: Mengarut saja benda-benda ni semua.. Budak muda memang suka sangat la benda macam ni.. Nak cari pengaruh la katakan.. Huh! Kalau kumpulan geng kongsi gelap ni lebih kepada menjaga kaum Melayu dan agama Islam takpa la juga.. Tapi apa yang diorang perjuangkan sangat pun tak tahu la.. Hurmmm..

Sekian, Wassalam

1 ulasan:

nancypoh.com berkata...

Tak der maknanye join kongsi2 gelap ni..nnt gelap masa depan..@Blog Sikarap

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

:: MENU ::

Dunia (142) Tempatan (90) Video (36) Informasi (25) Artis (22) Gosip (17) Pelik (16) Misteri (14) Seram (12) Filem (10) Gambar (10) Agama (9) Muzik (9) Atlet (8) Band (7) Raja Lawak (7) Lirik (6) Segmen (6) Sukan (6) Kesihatan (4) Bloglist (3) Bola Sepak (3) Hukum (3) Produk (3) Ajaib (2) Blog (2) Blogger (2) Blogging (2) Novel (2) Gusti (1) Personal (1)