Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Pusat Pemulihan Lanjutan Terapeutik (CART) di Hospital Tan Tock Seng, Singapura, menggunakan gajet canggih termasuk robot untuk bantu pesakit strok dan palsi serebrum yang menjejaskan pergerakan kaki dan tangan..
SEORANg pesakit menggunakan robot untuk menggerakkan kaki dan tangannya di Pusat Pemulihan Lanjutan Terapeutik, Hospital Tan Tock Seng di Singapura pada 18 November lalu.
SINGAPURA - Pusat Pemulihan Lanjutan Terapeutik (CART) di Hospital Tan Tock Seng milik pemerintah di sini menggunakan gajet canggih termasuk robot untuk pesakit strok dan palsi serebrum yang menjejaskan pergerakan kaki dan tangan.
"Terapi ini tidak membosankan, tidak terlalu sakit sebagai terapi fizikal kerana mesin membantu saya untuk menggerakkan lengan saya ke atas dan ke bawah," kata seorang pesakit strok, Soon Eng Sam yang berusia 70 tahun.
Dia yang terlantar selama tiga bulan kerana menghidap strok berharap penggunaan gajet baharu akan menjadikan suasana yang menggembirakan semasa rawatan pemulihan. - AFP
Sumber: Kosmo! Online
P/S: Hurmmm.. Macam menarik juga guna robot untuk rawat pesakit..
Sekian, Wassalam
2 ulasan:
wah..dasat..:)
p/s :: selamat tahun baru jugak..:)
@miss nadya
macam2 teknologi dah skang ni.. hehehe.. selamat tahun baru ye cik nadya.. :)
Catat Ulasan