Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Pelakon remaja Ezlisa Loy yang merupakan adik kepada pelakon Elfira Loy bertekad
untuk berhijrah kepada bertudung selepas beberapa kali mengalami mimpi mengenai
hari kiamat mulai awal Disember lalu.
Pelakon remaja Ezlisa Loy berkata dia menerima hidayah untuk bertudung mulai
awal Disember lalu selepas beberapa kali mengalami mimpi mengenai hari kiamat.
Pemilik nama sebenar Nurul Ezlisa Loy Ahmad Sabri, 17, ini berkata, perkara
itu sudah lama dipertimbangkan sejak setahun yang lalu dan dia bertekad untuk
berhijrah kerana berasa takut dengan mimpi serupa yang dialaminya secara
berulang-kali.
“Baru-baru ni saya bermimpi mengenai hari kiamat. Dalam mimpi itu, saya
menuju ke masjid dan secara tiba-tiba ada banyak batu jatuh dari langit.
“Saya sangat takut dan terus mencari mama tetapi mama tiada. Ahli keluarga
yang lain juga tidak ada. Apabila tersedar saya terus mencari mama dan
menangis.
“Mama terkejut dan hairan kenapa saya menangis. Saya katakan yang saya mimpi
mengenai hari kiamat,” luahnya kepada mStar Online.
Adik kepada pelakon Elfira Loy ini berkata, dia bersyukur kerana tidak
mengalami sebarang kejanggalan dengan penghijrahan itu walaupun ia adalah
perkara baru dalam kehidupannya.
“Alhamdulillah, saya tidak hadapi sebarang masalah untuk menyesuaikan diri
walaupun ia (bertudung) masih baru.
“Saya juga tiada masalah mengenai soal penampilan kerana kebetulan pula
kakak (Elfira) banyak memberikan panduan dalam berfesyen ala Muslimah,”
ceritanya.
Ditanya adakah penghijrahan itu akan membuatkan dia lebih selektif pada
tawaran lakonan, Ezlisa berkata, dia akan hanya berlakon watak gadis yang
bertudung sahaja selepas ini.
“Saya akan terima tawaran jika watak bertudung sahaja. Lakonan pun bukan
keutamaan kerana saya masih di bangku sekolah.
“Lagipun, bermula sesi persekolahan 2013 ini, saya akan masuk Tingkatan 5
dan perlu beri tumpuan pada persiapan menjelang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
“Kalau ada kerja (tawaran), saya ambil tetapi jika tiada saya fokus pada
pelajaran sahaja,” jelasnya yang baru menamatkan penggambaran telefilem
berjudul Puteri & Putera Hodoh.
Sumber: mStar
P/S: Alhamdulillah. Kira okay la tu. Hidayah ni mai dalam
pelbagai cara. Semoga terus kekal dengan imej macam ni. Caya la. Chow!
Sekian, Wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan