Khamis, 23 Februari 2012

PERAGUT TUMPAS DIBALING SEBAKUL EPAL

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Sepasang suami isteri yang baru empat bulan berkahwin, tetapi giat aktif melakukan jenayah ragut telah tumpas dek balingan epal.. Lebih memeranjatkan suspek perempuan hamil anak sulung dengan usia kandungan empat bulan..




Sepasang suami isteri yang baru empat bulan berkahwin, tetapi aktif melakukan jenayah ragut tumpas dek balingan buah epal oleh mangsa mereka di Pasar Sungai Siput, di sini, semalam.

Kejadian berlaku jam 11.50 pagi dan lebih mengejutkan apabila suspek perempuan yang berusia 22 tahun memberitahu dia hamil anak sulung dengan usia kandungan empat bulan.

Selepas ditahan, suspek lelaki yang berusia 32 tahun memberi alasan mereka melakukan jenayah ragut untuk mencari wang bagi membiayai kos rawatan perubatan isterinya.

Mangsa yang juga peniaga buah-buahan di pasar itu, Lim Shui Yang, 53, berkata sebelum kejadian pasangan terbabit menunggang motosikal dan berpusing beberapa kali di kawasan pasar.


“Saya ketika itu sibuk melayan pelanggan tanpa menyedari si suami menyasarkan bakul berisi wang RM30 hasil perniagaan yang diletak di atas meja jualan.

TERSELAMAT...Lim menceritakan kejadian terbabit kepada wartawan Harian Metro.


Sumber: myMetro

P/S: Hurmmm.. Banyak lagi kerja lain kot boleh buat dari jadi peragut ni.. Entah gugur ke tidak kandungan perempuan tu.. Tak tau la aku nak kata apa.. Macam macam sangat sekarang ni..

Sekian, Wassalam

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

:: MENU ::

Dunia (142) Tempatan (90) Video (36) Informasi (25) Artis (22) Gosip (17) Pelik (16) Misteri (14) Seram (12) Filem (10) Gambar (10) Agama (9) Muzik (9) Atlet (8) Band (7) Raja Lawak (7) Lirik (6) Segmen (6) Sukan (6) Kesihatan (4) Bloglist (3) Bola Sepak (3) Hukum (3) Produk (3) Ajaib (2) Blog (2) Blogger (2) Blogging (2) Novel (2) Gusti (1) Personal (1)