Rabu, 4 Januari 2012

BAJAJ AUTO DEDAH KERETA 200CC DI INDIA

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Pengeluar kereta Bajaj Auto di India mendedahkan sebuah kereta berkuasa 200cc yang dinamakan RE60 yang mampu bergerak sejauh 35 kilometer bagi setiap satu liter petrol akan memasuki pasaran kenderaan berharga murah di negara India..

PENGARAH Urusan Bajaj Auto, Rajiv Bajaj bergambar dengan kereta 200cc, RE60 di New Delhi semalam.



NEW DELHI - Pengeluar kereta Bajaj Auto di India mendedahkan sebuah kereta berkuasa 200cc yang hanya mengeluarkan 60 gram karbon dioksida bagi setiap kilometer.

Kereta itu yang dinamakan RE60 yang bergerak sejauh 35 kilometer bagi setiap satu liter petrol akan memasuki pasaran kenderaan berharga murah di negara ini.

Namun, harga kereta itu tidak didedahkan oleh Pengarah Urusan Bajaj Auto, Rajiv Bajaj.

Kereta itu untuk dinaiki seramai empat orang yang mempunyai kelajuan 70 kilometer sejam dan berat hanya 400 kilogram.

Ia dibina khas untuk kegunaan pengguna bandar. - AFP




P/S: Setakat dalam bandar boleh la kereta jenis macam ni.. Kalau dekat highway mesti gayat kot.. Hehehe.. ;)

Sekian, Wassalam

2 ulasan:

aReLaN berkata...

buruk beno rupa ketanya pon.hahaha

Udin berkata...

@aReLaN

hahaha.. tu la kan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

:: MENU ::

Dunia (142) Tempatan (90) Video (36) Informasi (25) Artis (22) Gosip (17) Pelik (16) Misteri (14) Seram (12) Filem (10) Gambar (10) Agama (9) Muzik (9) Atlet (8) Band (7) Raja Lawak (7) Lirik (6) Segmen (6) Sukan (6) Kesihatan (4) Bloglist (3) Bola Sepak (3) Hukum (3) Produk (3) Ajaib (2) Blog (2) Blogger (2) Blogging (2) Novel (2) Gusti (1) Personal (1)