Jumaat, 23 Disember 2011

KERANI BANK WANITA DISYAKI BERTENGKAR ISU WANG SEBELUM MATI DITIKAM 15 KALI

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Entri ni adalah kesinambungan tentang entri "Kerani Bank Wanita Mati Ditikam 15 Kali".. Sebelum insiden tu berlaku mangsa, Rozana yushak, 35, dipercayai betengkar dengan seorang kenalan lelakinya sebelum ditemui mengalami kecederaan teruk dengan 15 kesan tikaman di seluruh badan di rumah sewanya di Taman Puncak Desa..

Rozana Mohd Yushak



KEPONG: Kerani bank, Rozana Yushak, 35, dipercayai bertengkar dengan seorang kenalan lelakinya sebelum ditemui mengalami kecederaan teruk dengan 15 kesan tikaman di seluruh badan di rumah sewanya di Taman Puncak Desa, di sini awal pagi kelmarin.

Difahamkan, pertengkaran yang berpunca dari isu wang itu turut didengari beberapa pekerja dan pengunjung sebuah restoran di tingkat bawah rumah sewa mangsa.

Seorang pengawal keselamatan yang juga saksi utama kes berkenaan, berkata pertengkaran itu kemudian disusuli jeritan meminta tolong dari dalam rumah mangsa.

"Berikutan itu, saya bersama empat lagi individu, seorang gadis dipercayai pelajar perubatan bergegas ke rumah mangsa untuk memberi bantuan.

"Ketika masuk ke rumah itu, pintunya didapati bertutup, tetapi tidak berkunci. Keadaan dalam rumah mangsa berselerak, manakala wanita itu terbaring berlumuran darah di ruang tamu," katanya ketika ditemui malam tadi.

Beliau yang enggan namanya disiarkan, berkata mangsa ketika dijumpai masih bernyawa dan mengerang kesakitan sebelum disahkan meninggal dunia sebaik tiba di Hospital Selayang.

Bagaimanapun, saksi terbabit tidak melihat sebarang pergerakan mencurigakan ketika ditanya sama ada melihat suspek melarikan diri sejurus kejadian.

Seorang lagi saksi yang juga pekerja restoran di bawah rumah mangsa memberitahu, Rozana kali terakhir dilihat menikmati makan malam di restoran berkenaan Ahad lalu sebelum dia ditemui mati.

Pekerja restoran berkenaan, Mohd Hamizi Mizi, 30, berkata mangsa ketika itu kelihatan cukup ceria dan menikmati makan malam bersama tiga rakan perempuannya, namun tidak dapat dipastikan sama ada mereka rakan serumah atau rakan sekerja Rozana.

"Dia memang jarang makan di sini, selalunya beli bungkus untuk dibawa pulang ke rumahnya, tetapi pada malam itu dia makan malam di restoran bersama beberapa rakan perempuannya. Itulah kali terakhir saya melihatnya," katanya semalam.

Pekerja terbabit turut mendakwa pernah mendengar pertengkaran dari rumah sewa mangsa sebelum ini, namun tidak dapat dipastikan apa punca sebenarnya.

"Pada malam kejadian tiada perkara luar biasa berlaku, malah tidak kedengaran bunyi pertengkaran dari rumah mangsa. Saya pun tidak mahu campur urusan peribadi orang," katanya.

Tinjauan Berita Harian di tempat kejadian mendapati rumah sewa mangsa masih bertutup dan dikawal rapi untuk proses siasatan, malah beberapa jiran yang ditemui juga enggan bekerjasama apabila diminta mengulas mengenai pembunuhan kejam itu.

Sementara itu, bapa saudara mangsa yang ditemui di kediaman bapa Allahyarham di Jalan Sempadan 2, Ijok, Kuala Selangor berkata, Rozana anak yang baik dan kejadian ini benar-benar mengejutkan mereka sekeluarga.

“Arwah adalah seorang anak yang baik, tapi kami minta maaf kerana tidak dapat memberi sebarang komen pada masa ini.

“Abang saya yang juga bapa mangsa juga tidak mahu sebarang liputan meluas terhadap kematian anaknya itu,” katanya.

Beliau berkata, ibu arwah juga enggan menemui wartawan kerana terlalu sedih dan menyerahkan siasatan kes itu kepada polis.

Ketika pemberita tiba di pekarangan rumah keluarga mangsa semalam, seorang rakan lelaki dipercayai bakal tunang Allahyarham kelihatan beredar selepas menziarahi keluarga itu.




P/S: Hurmmm.. Sedih dengan insiden yang berlaku.. Semoga arwah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.. Al-Fatihah

Sekian, Wassalam

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

:: MENU ::

Dunia (142) Tempatan (90) Video (36) Informasi (25) Artis (22) Gosip (17) Pelik (16) Misteri (14) Seram (12) Filem (10) Gambar (10) Agama (9) Muzik (9) Atlet (8) Band (7) Raja Lawak (7) Lirik (6) Segmen (6) Sukan (6) Kesihatan (4) Bloglist (3) Bola Sepak (3) Hukum (3) Produk (3) Ajaib (2) Blog (2) Blogger (2) Blogging (2) Novel (2) Gusti (1) Personal (1)