:: TERHANGAT DI PASARAN ::

Rabu, 28 Disember 2011

ORANG MINYAK MENGGANAS DI KAMPUNG LAKSAMANA

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Gara-gara trauma akibat diganggu orang minyak selama lima hari berturut-turut, sebuah keluarga di Kampung Laksamana terpaksa meninggalkan rumah mereka buat sementara waktu..




GOMBAK – Gara-gara trauma akibat diganggu orang minyak, sebuah keluarga di Kampung Laksamana dekat sini terpaksa meninggalkan rumah mereka buat sementara waktu bermula Sabtu lalu.

Mangsa, Kamal Bahari Satar, 36, berkata, keputusan itu diambil selepas keluarga diganggu orang minyak selama lima hari berturut-turut.

“Adik ipar yang datang ke sini tidak tahan selepas diganggu oleh orang minyak yang muncul beberapa kali di dalam dan luar rumah,” katanya ketika ditemui semalam.

Anehnya kemunculan orang minyak itu hanya boleh dilihat oleh ahli keluarga perempuan sahaja.

Menurutnya, kejadian kemuncak berlaku awal pagi Sabtu lalu apabila orang minyak tersebut bertindak mengunci pintu rumah dari dalam sewaktu ahli keluarganya berada di dalam rumah.

“Apa yang pasti, lembaga itu yang bersembunyi di bawah meja makan dicucuk dengan buluh runcing oleh orang kampung dan terdapat kesan darah pada buluh tersebut. Makhluk itu kemudiannya masuk ke rumah sebelah dan kelibatnya disaksikan oleh isteri jiran saya sendiri,” katanya.

Menurutnya, turut ditemui kesan tapak tangan berminyak di tembok dan tapak kaki sewaktu kelibat itu muncul di luar rumah dan kesan ini ditemui oleh anggota polis sewaktu melakukan pemeriksaan.

Kamal Bahari berkata, adik iparnya yang dicalit minyak hitam oleh makhluk itu juga terpaksa dibawa menjalani rawatan alternatif selepas terdengar bunyi bisikan memanggilnya keluar dari rumah selepas itu.

“Syukur adik ipar saya kini sudah sembuh sepenuhnya daripada gangguan tersebut, namun keluarga masih trauma dengan keadaan itu terutama adik perempuan saya yang berumur 22 tahun,” katanya.


Sumber: Sinar Harian


P/S: Huh! Zaman macam ni pun ada lagi orang menuntut ilmu ilmu pelik macam ni.. Hurmmm..

Sekian, Wassalam

2 ulasan:

ahsfantasy24 berkata...

Bahaya kan?
kalau saya duk area tu,
adeh tak tenteram jiwaa~

Latest Post:
1. WW: Pengkalan Kubor duty free zone.
2. Kau tahu tak apa perasaannya bila dikongkong?

deen azmee berkata...

@ahsfantasy24

sekarang ni macam2 kes sangat..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

:: MENU ::

Dunia (142) Tempatan (90) Informasi (77) Kewangan (51) Unit Amanah (44) Video (36) Artis (22) Gosip (17) Pelik (16) Misteri (14) Seram (12) Filem (10) Gambar (10) Agama (9) Muzik (9) Atlet (8) Band (7) Raja Lawak (7) Lirik (6) Segmen (6) Sukan (6) Takaful (5) Kesihatan (4) Bloglist (3) Bola Sepak (3) Hukum (3) Produk (3) Ajaib (2) Blog (2) Blogger (2) Blogging (2) Novel (2) PRS (2) Gusti (1) Kerjaya (1) Personal (1)