Rabu, 28 Disember 2011

MAHKAMAH ARAH UJIAN DARA SECARA PAKSA KE ATAS TAHANAN WANITA DIHENTIKAN

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Beratus-ratus aktivis yang berada di dalam mahkamah, bersorak selepas keputusan mahkamah mengarahkan ujian dara secara paksa ke atas tahanan wanita di penjara tentera dihentikan..





KAHERAH: Mahkamah semalam mengarahkan ujian dara secara paksa ke atas tahanan wanita di penjara tentera, dihentikan.

Kes itu difailkan oleh Samira Ibrahim, seorang wanita yang berkata pihak tentera mengarahkan dia menjalani ujian dara April lalu, setelah dia ditahan ketika tunjuk perasaan di Dataran Tahrir, di Kaherah.

Organisasi Hak Asasi Manusia berkata, ujian seperti itu banyak dilakukan oleh tentera.

“Mahkamah mengarahkan prosedur ujian dara terhadap gadis di penjara tentera dihentikan serta merta,” kata Ketua Pentadbiran Mahkamah, Hakim Aly Fekry.

Beratus-ratus aktivis yang berada di dalam mahkamah, bersorak selepas keputusan itu dibacakan. - Reuters


Sumber: myMetro


P/S: Untuk apa ujian dara tu? Macam takda kaitan la pula dengan tahanan kan.. Hurmmm.. Memang elok la pihak mahkamah arahkan ujian dara ni dihentikan.. Haha!

Sekian, Wassalam

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

:: MENU ::

Dunia (142) Tempatan (90) Video (36) Informasi (25) Artis (22) Gosip (17) Pelik (16) Misteri (14) Seram (12) Filem (10) Gambar (10) Agama (9) Muzik (9) Atlet (8) Band (7) Raja Lawak (7) Lirik (6) Segmen (6) Sukan (6) Kesihatan (4) Bloglist (3) Bola Sepak (3) Hukum (3) Produk (3) Ajaib (2) Blog (2) Blogger (2) Blogging (2) Novel (2) Gusti (1) Personal (1)