:: TERHANGAT DI PASARAN ::

Sabtu, 3 Disember 2011

BAPA TENDANG & HEMPAS ANAK LAPAR SUSU

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Alahai.. Buat anak pandai.. Jaga anak macam hampeh jer! Tergamak seorang bapa menendang dan menghempas anak sendiri yang baru berusia sembilan bulan hingga menyebabkan kecederaan pada bahagian muka dan belakang badan.. Hal ini disebabkan dia tidak tahan mendengar tangisan anaknya yang kelaparan susu.. Kejam! Tak patut.. Tak patut..


Bayi perempuan sembilan bulan ditendang cedera pada muka, belakang

GEORGETOWN: Hanya disebabkan tidak tahan mendengar tangisan bayinya berusia sembilan bulan yang kelaparan susu, seorang bapa tergamak menendang dan menghempas bayi malang itu hingga menyebabkannya cedera pada muka dan belakang badan.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi kelmarin di rumah keluarga terbabit di Lebuh Macallum, di sini, bayi perempuan malang itu dikatakan ditinggalkan bersama bapanya berusia 26 tahun yang sedang tidur dalam bilik ketika ibunya pergi ke dapur untuk membancuh susu.

Disebabkan lapar, bayi itu kemudian menangis dan ia mengejutkan bapanya daripada tidur, sebelum lelaki itu bangun dan terus menengking serta memarahi anaknya.

Menurut sumber, apabila bayi berkenaan terus menangis, bapa yang tidak bertindak seperti hilang akal itu kemudian menendang dan menghempas bayi terbabit ke tilam.

“Ketika itu isterinya cuba masuk campur untuk mententeramkan keadaan, namun dia turut ditendang suaminya,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, keadaan hanya reda selepas ibu lelaki terbabit yang turut berada di rumah berkenaan mengambil cucunya itu dan membawanya ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan lanjut.

“Bayi berkenaan mengalami lebam di muka serta calar di belakang badan, dimasukkan ke wad untuk rawatan lanjut,” katanya.

Ibu bayi kemudian membuat laporan berhubung kejadian itu dan polis sudah mengambil keterangan daripadanya.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Ahmad Bakhtiar Kassim mengesahkan kes itu dan ia disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Katanya, siasatan awal mendapati bayi itu tidak mengalami kesan kecederaan serius dan bapanya bertindak sedemikian kerana tidak tahan mendengar tangisan yang mengganggu tidurnya.

“Setakat ini tidak tangkapan dibuat kerana lelaki terbabit tiada di rumah dan kita masih mengesannya bagi membantu siasatan," katanya.


Sumber: Google




P/S: Sayangilah anak anda!

Sekian, Wassalam

4 ulasan:

ciK LyndaWawa berkata...

memang takde berprikemanusiaan bapak tu...

fRaMe+LenSeS berkata...

nadh tgk orang pn seriau. tambah la nak wat. sian dak tu. T.T

deen azmee berkata...

@ciK LyndaWawa

hurmmm.. tu la kan.. huhu..

deen azmee berkata...

@fRaMe+LenSeS

mmg kesian sgt.. bdk kecik aja pun.. tak tau apa2 lagi.. huhu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

:: MENU ::

Dunia (142) Tempatan (90) Informasi (77) Kewangan (51) Unit Amanah (44) Video (36) Artis (22) Gosip (17) Pelik (16) Misteri (14) Seram (12) Filem (10) Gambar (10) Agama (9) Muzik (9) Atlet (8) Band (7) Raja Lawak (7) Lirik (6) Segmen (6) Sukan (6) Takaful (5) Kesihatan (4) Bloglist (3) Bola Sepak (3) Hukum (3) Produk (3) Ajaib (2) Blog (2) Blogger (2) Blogging (2) Novel (2) PRS (2) Gusti (1) Kerjaya (1) Personal (1)