Selasa, 6 Disember 2011

NAMA ANAK LELAKI SITI SARAH DAN SHUIB

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Wahhhh.. Akhirnya anak lelaki Siti Sarah (Sarah Raisuuddin) dan Shuib (Sepahtu) telah diberikan nama.. Mereka menamakan anak sulung mereka Uwais Alqarni.. Fuhhh.. Macam nama arab da.. Hahaha..


Sumber: Yahoo


6 Dis – Penyanyi lagu "Kesetiaan", Siti Sarah Raissuddin dan suami Shuib daripada Sepahtu bersyukur dengan kehadiran ahli keluarga baru yang diberi nama Uwais Alqarni pada Ahad lalu.

Sarah yang dimasukkan ke bilik bersalin kira-kira jam 8 malam sehari sebelum itu selamat melahirkan anak lelaki mereka menerusi pembedahan pada jam 10.19 pagi di Hospital Ampang Puteri, Kuala Lumpur.

Shuib sebelum itu berada di Sabah kerana menjayakan satu persembahan tetapi bersyukur kerana sempat pulang ke Kuala Lumpur untuk menyambut kedatangan cahaya mata sulung mereka dan mengganggap Uwais sebagai tuah buat dirinya dan isteri.

"Saya melihat bagaimana Sarah terpaksa lalui kesakitan sebelum melahirkan dan ia telah memberi keinsafan kepada diri saya. Dia dimasukkan dalam bilik bersalin sekitar jam 8 malam dan doktor memberitahu dia terpaksa dibedah untuk memudahkan urusan bersalin.

"Kehadiran Uwais memberi semangat kepada saya untuk lebih maju pada tahun 2012 yang bakal menjelang tidak lama lagi," kata Shuib lagi.



Sumber: Yahoo


P/S: Tahniah Shuib akhirnya bergelar bapa juga..

Sekian, Wassalam

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

:: MENU ::

Dunia (142) Tempatan (90) Video (36) Informasi (25) Artis (22) Gosip (17) Pelik (16) Misteri (14) Seram (12) Filem (10) Gambar (10) Agama (9) Muzik (9) Atlet (8) Band (7) Raja Lawak (7) Lirik (6) Segmen (6) Sukan (6) Kesihatan (4) Bloglist (3) Bola Sepak (3) Hukum (3) Produk (3) Ajaib (2) Blog (2) Blogger (2) Blogging (2) Novel (2) Gusti (1) Personal (1)