:: TERHANGAT DI PASARAN ::

Rabu, 28 Disember 2011

JUARA OLIMPIK DIDAKWA ROGOL REMAJA DI HOTEL

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Bekas juara Olimpik dua kali, Masato Uchishiba, 33, didakwa merogol seorang remaja di sebuah hotel.. Dia pernah memenangi pingat emas bagi kategori 66 kilogram dalam Sukan Olimpik 2004 dan 2008..




TOKYO: Pendakwa Jepun berkata, mereka memfailkan tuduhan rogol ke atas atlet judo semalam.

Bekas juara Olimpik dua kali, Masato Uchishiba, 33, didakwa merogol seorang remaja di sebuah hotel pada September lalu dengan mencampur alkohol ke dalam minuman mangsa.

Uchishiba juga dituduh mengambil kesempatan atas keadaan mangsa yang tidak mampu melawan.

Identiti mangsa tidak didedahkan atas faktor usia.

Polis menahan Uchishiba awal bulan ini dan dia menafikan tuduhan berkenaan.

Kata Uchishiba, insiden itu berlaku atas persetujuan bersama.

September lalu, Uchishiba dipecat daripada tugasnya sebagai jurulatih judo atas tuduhan melakukan pencabulan seksual.

Dia memenangi pingat emas bagi kategori 66 kilogram dalam Sukan Olimpik 2004 dan 2008.

Jika disabitkan kesalahan, Uchishiba boleh dipenjara sehingga tiga tahun. - AP


Sumber: myMetro


P/S: Hurmmm.. Macam macam hal..

Sekian, Wassalam

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

:: MENU ::

Dunia (142) Tempatan (90) Informasi (77) Kewangan (51) Unit Amanah (44) Video (36) Artis (22) Gosip (17) Pelik (16) Misteri (14) Seram (12) Filem (10) Gambar (10) Agama (9) Muzik (9) Atlet (8) Band (7) Raja Lawak (7) Lirik (6) Segmen (6) Sukan (6) Takaful (5) Kesihatan (4) Bloglist (3) Bola Sepak (3) Hukum (3) Produk (3) Ajaib (2) Blog (2) Blogger (2) Blogging (2) Novel (2) PRS (2) Gusti (1) Kerjaya (1) Personal (1)