:: TERHANGAT DI PASARAN ::

Sabtu, 31 Disember 2011

SAMAN TALI PINGGANG BELAKANG BERMULA 1 JANUARI 2012

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Tindakan menyaman pemilik kenderaan akan diambil pihak berkuasa sekiranya didapati gagal menggunakan tali pinggang keledar depan atau belakang kerana tempoh pengecualian tiga tahun akan tamat bermula jam 12 tengah malam 1 Januari 2012..




KUALA LUMPUR: Bermula esok, tiada alasan boleh digunakan pemilik kenderaan di negara ini sekiranya didapati gagal menggunakan tali pinggang keledar depan atau belakang.

Ini kerana, tempoh pengecualian tiga tahun akan tamat bermula jam 12 tengah malam ini (1 Januari 2012).

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Hesdey Ahmad berkata, selepas tempoh itu, tindakan menyaman pemilik kenderaan akan diambil pihak berkuasa.

“Kita percaya, ramai pemilik kenderaan akan memberi pelbagai alasan termasuk tidak tahu ia sudah dikuatkuasakan.

“Berikutan itu, kita ingatkan bahawa penguatkuasaan terhadap penggunaan tali pinggang keledar belakang sudah bermula 1 Januari 2009 dan pengecualian tiga tahun itu hanya membabitkan kenderaan didaftarkan sebelum 1 Januari 2005 atau kenderaan tidak dilengkapi dengan kemudahan tali pinggang keledar.

“Justeru, bermula esok, tiada lagi kompromi pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi pemilik kenderaan yang gagal mematuhinya,” katanya.

“Jadi, sekali lagi kita ingatkan orang ramai bahawa pihak berkuasa akan mengeluarkan saman jika mereka masih berdegil dan tidak mahu memasang tali pinggang mulai esok,” katanya.


Sumber: myMetro


P/S: Fuhhh! Nasib baik la bas tak kena pasang seat belt kan.. Hehehe.. ;)

Sekian, Wassalam

2 ulasan:

Anak Ulu Cheka berkata...

selamat tahun baru
jgn lupa pakai tapi pinggang keledar tu hehehe

deen azmee berkata...

@anak ulu cheka

hehehe.. selamat tahun baru AUC! ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

:: MENU ::

Dunia (142) Tempatan (90) Informasi (77) Kewangan (51) Unit Amanah (44) Video (36) Artis (22) Gosip (17) Pelik (16) Misteri (14) Seram (12) Filem (10) Gambar (10) Agama (9) Muzik (9) Atlet (8) Band (7) Raja Lawak (7) Lirik (6) Segmen (6) Sukan (6) Takaful (5) Kesihatan (4) Bloglist (3) Bola Sepak (3) Hukum (3) Produk (3) Ajaib (2) Blog (2) Blogger (2) Blogging (2) Novel (2) PRS (2) Gusti (1) Kerjaya (1) Personal (1)