Sabtu, 17 Disember 2011

KONSERT REUNION XPDC TAHUN 2012 MENGABUNGKAN AHLI LAMA DAN BARU?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Ada tak yang masih layan muzik era 80'an dan 90'an? Sudah pasti kumpulan XPDC bukan suatu nama asing bagi korang kan? Terutama bagi peminat muzik genre heavy metal Malaysia.. Pada Januari tahun depan XPDC sedang merancang untuk mengadakan suatu konsert reunion melibatkan kesemua bekas ahli lama dan terkini XPDC.. Konsert ni akan diadakan bermula dari Singapura sebelum membuat siri jelajah di Semenanjung Malaysia jika ada masa dan lokasi bersesuaian.. Hurmmm.. Amacam? Masih ada lagi kah peminat XPDC?




16 Dis – Kumpulan heavy metal Malaysia, XPDC, sedang merancang untuk mengadakan konsert reunion yang melibatkan kesemua bekas ahli dan terkini XPDC.

Dipetik daripada Berita Harian, Mael yang juga vokalis XPDC memberitahu perancangan untuk mengadakan konsert tersebut sudah dijadualkan pada tahun depan bermula dari Singapura tetapi masih belum apa-apa yang dilaksanakan.

"Atas idea penganjur di Singapura, InsyaAllah kami akan mengadakannya pada Januari tahun hadapan di sana sebelum membuat siri jelajah di Semenanjung Malaysia jika ada masa dan lokasi bersesuaian," ujarnya.

Jelasnya lagi, mereka pada mulanya ingin membuat kejutan kepada peminat mereka tentang gabungan ini tetapi penganjur Konsert Loudspeaker 2011, Red Garage Group Sdn. Bhd lebih awal mengetahuinya tentang ini.

Pada masa yang sama, bekas vokalis XPDC, Ali memberitahu walaupun sudah bergerak solo, dia masih ingin membuat persembahan bersama kumpulan itu.

XPDC akan beraksi di Konsert Loudspeaker pada 25 Disember 2011 di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.


Sumber: Yahoo


P/S: Harap harap ada juga la tour konsert reunion ni dekat Penang.. Lama juga menyepi diorang ni kan..

Sekian, Wassalam

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

:: MENU ::

Dunia (142) Tempatan (90) Video (36) Informasi (25) Artis (22) Gosip (17) Pelik (16) Misteri (14) Seram (12) Filem (10) Gambar (10) Agama (9) Muzik (9) Atlet (8) Band (7) Raja Lawak (7) Lirik (6) Segmen (6) Sukan (6) Kesihatan (4) Bloglist (3) Bola Sepak (3) Hukum (3) Produk (3) Ajaib (2) Blog (2) Blogger (2) Blogging (2) Novel (2) Gusti (1) Personal (1)