:: TERHANGAT DI PASARAN ::

Selasa, 20 Disember 2011

PENCINTA HAIWAN DISEMADIKAN BERSAMA HAIWAN KESAYANGAN

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Pelik tapi benar.. Pencinta haiwan dibenarkan untuk disemadikan bersama-sama dengan haiwan kesayangan mereka di tanah perkuburan haiwan..




HARTSDALE, NEW YORK: Pihak berkuasa tempatan sekali lagi membenarkan pencinta haiwan negeri terbabit untuk disemadikan bersama-sama dengan haiwan kesayangan mereka di tanah perkuburan haiwan.

Jabatan Perkuburan Negeri membenarkan pelaksanaan semula amalan tersebut selepas ia dilarang pada awal tahun ini.

Dengan perkembangan terbaru itu, pemilik haiwan kini boleh memohon agar abu mayat mereka disemadikan bersama dengan haiwan peliharaan.

Bagaimanapun, kebenaran itu diberikan dengan beberapa syarat seperti pemilik tapak perkuburan haiwan tidak dibenarkan mengiklankan bahawa mereka menerima abu mayat manusia atau mengenakan bayaran untuk berbuat demikian.

Pengarah tapak perkuburan haiwan di New York menyatakan pihaknya tidak mempunyai masalah untuk mematuhi peraturan terbabit.

Tapak perkuburan itu telah mula menerima abu mayat untuk disemadikan bersama haiwan kesayangan pemiliknya sejak tahun 1925.

Seorang peguam yang menentang larangan tersebut menyifatkan keputusan terbaru itu sebagai hadiah krismas untuk dirinya.

Majlis pengebumian mendiang pak cik peguam terbabit telah ditangguhkan selama beberapa bulan disebabkan larangan itu. - AP


Sumber: mStar


P/S: Hahaha.. Ni memang pencinta haiwan tegar.. Mati pun nak dikebumikan bersama..

Sekian. Wassalam

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

:: MENU ::

Dunia (142) Tempatan (90) Informasi (77) Kewangan (51) Unit Amanah (44) Video (36) Artis (22) Gosip (17) Pelik (16) Misteri (14) Seram (12) Filem (10) Gambar (10) Agama (9) Muzik (9) Atlet (8) Band (7) Raja Lawak (7) Lirik (6) Segmen (6) Sukan (6) Takaful (5) Kesihatan (4) Bloglist (3) Bola Sepak (3) Hukum (3) Produk (3) Ajaib (2) Blog (2) Blogger (2) Blogging (2) Novel (2) PRS (2) Gusti (1) Kerjaya (1) Personal (1)