:: TERHANGAT DI PASARAN ::

Sabtu, 31 Disember 2011

LESEN MEMANDU AUTOMATIK DILAKSANAKAN MEI 2012

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Mulai bulan Mei tahun depan, lesen memandu automatik akan dilaksanakan di seluruh negara.. Kurikulum memandu baru yang akan dilaksanakan ini akan membolehkan pelajar kelas memandu untuk belajar memandu dan mengambil ujian dalam transmisi automatik..





LESEN memandu automatik akan dilaksanakan di seluruh negara bermula pada bulan Mei depan selepas kurikulum memandu disemak semula, kata Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Rahim Bakri.

Beliau berkata kurikulum memandu yang baru itu akan membolehkan pelajar kelas memandu untuk belajar memandu dan mengambil ujian dalam kereta transmisi automatik.

“Kementerian tidak tergesa-gesa untuk melaksanakan lesen memandu kereta transmisi automatik untuk membolehkan pengendali sekolah memandu bersedia untuk transformasi ini. Kita perlu memberikan mereka masa mereka untuk menggantikan kereta transmisi manual dengan kereta transmisi automatik dan perubahan ini memerlukan kos yang tinggi,” katanya kepada Bernama.

Beliau menyatakan walaupun lesen memandu transmisi automatik diperkenalkan, pelajar boleh memilih untuk belajar dan mengambil ujian sama ada secara pemandu kereta manual atau kereta transmisi automatik.

Datuk Rahim menjangkakan bahawa lebih ramai orang, terutama orang yang lebih tua, pelajar dan wanita, lebih suka memandu kereta dengan gear automatik kerana ia adalah lebih mudah.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha menyatakan bahawa orang-orang yang lulus ujian memandu kenderaan transmisi automatik tidak akan dibenarkan untuk memandu kereta dengan gear manual.

“Hanya orang-orang yang telah mengambil lesen transmisi manual akan dibenarkan untuk memandu kereta transmisi manual dan automatik,” katanya kepada akhbar New Straits Times ketika dihubungi semalam.

Mengenai kurikulum memandu yang baru, Datuk Rahim berkata,”ia akan memberi tumpuan untuk membentuk pemandu kenderaan yang cekap dan berdisiplin untuk membantu mengurangkan kemalangan maut kerana faktor manusia adalah punca yang menyebabkan 60 hingga 70 peratus kemalangan.

Sebelum ini, kurikulum pemanduan menekankan pemandu berkemahiran dan pengetahuan dalam kod lebuh raya, tetapi sekarang kita mahu melahirkan pemandu-pemandu yang bertimbang rasa.”

Mengenai sistem demerit Kejara, beliau menyatakan bahawa tidak ada cadangan untuk menggantikan sistem kerana ia masih relevan dan digunakan di banyak negara.

Di bawah sistem itu, pemandu yang mendapat 15 mata demerit buat kali pertama akan memnyebabkan lesen mereka digantung selama enam bulan.




P/S: Fuhhh! Nasib baik la aku dah lepas lesan memandu..

Sekian, Wassalam

2 ulasan:

Pwincess sarah berkata...

alamak...huhu...baru dalam proses nak amik lesen kereta nie...ayo..huhu..

deen azmee berkata...

@pwincess sarah

amik je lesen manual senang.. dua jenis boleh bawa.. tak payah pening kepala.. hehehe.. ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

:: MENU ::

Dunia (142) Tempatan (90) Informasi (77) Kewangan (51) Unit Amanah (44) Video (36) Artis (22) Gosip (17) Pelik (16) Misteri (14) Seram (12) Filem (10) Gambar (10) Agama (9) Muzik (9) Atlet (8) Band (7) Raja Lawak (7) Lirik (6) Segmen (6) Sukan (6) Takaful (5) Kesihatan (4) Bloglist (3) Bola Sepak (3) Hukum (3) Produk (3) Ajaib (2) Blog (2) Blogger (2) Blogging (2) Novel (2) PRS (2) Gusti (1) Kerjaya (1) Personal (1)