Khamis, 29 Disember 2011

ROBIN HOOD ALAF BARU?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Siapa tak kenal dengan Kumpulan penggodam antarabangsa, yang dikenali sebagai Anonymous ni bukan? Sebelum ni mereka telah berjaya mengodam beberapa laman sesawang milik kerajaan Malaysia.. Kali ni mereka telah berjaya mencuri maklumat kad kredit syarikat keselamatan Stratfor yang berpusat di Amerika Syarikat (AS).. Hasil maklumat yang dicuri itu telah disumbangkan kepada beberapa pertubuhan amal..




WASHINGTON - Kumpulan penggodam antarabangsa, Anonymous memberi sumbangan kepada beberapa pertubuhan amal menggunakan maklumat kad kredit yang dicuri daripada syarikat keselamatan Stratfor yang berpusat di Amerika Syarikat (AS).

Menurut laporan akhbar Telegraph, seorang daripada penggodam berkata sumbangan itu adalah permulaan bagi serangan serupa yang akan dilakukan sepanjang minggu ini.

“Kami akan menggunakan maklumat kad kredit yang berjaya dikumpul untuk membuat lebih banyak sumbangan sehingga mencecah AS$1 juta (RM3 juta),” menurut penggodam itu melalui akaun Twitter kumpulan tersebut.

Sumbangan itu dibuat selepas Anonymous berjaya mendapat maklumat sulit daripada Stratfor, syarikat yang turut menyimpan data bagi tentera AS dan Jabatan Polis Miami AS.

Anonymous mendakwa Stratfor gagal mengunci maklumat kad kredit yang disimpan, sesuatu yang memalukan bagi sebuah syarikat keselamatan.


Sumber: Sinar Harian


P/S: Macam Robin Hood alaf baru la pula diorang ni.. Haha!

Sekian, Wassalam

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

:: MENU ::

Dunia (142) Tempatan (90) Video (36) Informasi (25) Artis (22) Gosip (17) Pelik (16) Misteri (14) Seram (12) Filem (10) Gambar (10) Agama (9) Muzik (9) Atlet (8) Band (7) Raja Lawak (7) Lirik (6) Segmen (6) Sukan (6) Kesihatan (4) Bloglist (3) Bola Sepak (3) Hukum (3) Produk (3) Ajaib (2) Blog (2) Blogger (2) Blogging (2) Novel (2) Gusti (1) Personal (1)