:: TERHANGAT DI PASARAN ::

Selasa, 20 Disember 2011

ISTERI PEWARIS TAKHTA BRITAIN DINOBATKAN INDIVIDU PALING SOPAN

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Hohoho.. Kenal tak siapa Catherine Middleton? Ala isteri pewaris takhta Britain tu.. Juga digelarkan sebagai "The Duchess of Cambridge".. Beliau telah dinobatkan sebagai individu paling sopan oleh sebuah program etika dan latihan sosial..




WASHINGTON: Isteri pewaris takhta Britain, Catherine Middleton atau The Duchess of Cambridge dinobatkan sebagai individu paling sopan oleh sebuah program etika dan latihan sosial.

Wanita berusia 29 tahun itu mengungguli senarai etika tahunan National League of Junior Cotillions (NLJC) bagi Individu Paling Sopan 2011.

Pengarah NLJC, Elizabeth Anne Winters, berkata senarai itu turut meletakkan pelakon, selebriti, penyanyi dan atlit berdasarkan kepada cara mereka menampilkan keperibadian, penghormatan dan sikap hormat,” lapor majalah Us.

Winters berkata, Kate dipuji kerana keyakinan diri dan kemuliaan ketika membawa diri yang menjadi perhatian umum.

Justin Bieber menduduki tempat kedua dalam senarai dan Paula Abdul di tempat ketiga turut mendapat pujian kerana tingkah laku mereka tahun ini manakala Taylor Swift di tempat ke lima dan Emma Watson yang membintangi Harry Potter berada di tempat kesembilan. – Agensi




P/S: Hahaha.. Macam macam hal.. ;)

Sekian, Wassalam

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

:: MENU ::

Dunia (142) Tempatan (90) Informasi (77) Kewangan (51) Unit Amanah (44) Video (36) Artis (22) Gosip (17) Pelik (16) Misteri (14) Seram (12) Filem (10) Gambar (10) Agama (9) Muzik (9) Atlet (8) Band (7) Raja Lawak (7) Lirik (6) Segmen (6) Sukan (6) Takaful (5) Kesihatan (4) Bloglist (3) Bola Sepak (3) Hukum (3) Produk (3) Ajaib (2) Blog (2) Blogger (2) Blogging (2) Novel (2) PRS (2) Gusti (1) Kerjaya (1) Personal (1)