:: TERHANGAT DI PASARAN ::

Isnin, 26 Disember 2011

BURUNG MERPATI BOLEH MENGIRA?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Burung merpati boleh mengira? Biar betul ni? Menurut kajian dari Dr. Damian Scarf dari Universiti Otago, New Zealand, burung merpati boleh membezakan nombor dari satu hingga sembilan dan menyusun nombor-nombor tersebut mengikut urutan.. Dasyat bukan?

Burung merpati diuji dalam satu penyelidikan oleh universiti otago, new zealand. - AGENSI



Burung merpati sejak dahulu lagi dikenali dengan kebolehannya untuk mencari jalan pulang, tetapi penyelidikan terbaru mendapati haiwan itu turut boleh mengira.

Dr. Damian Scarf dari Universiti Otago di New Zealand berkata, mereka mendapati burung merpati boleh membezakan nombor dari satu hingga sembilan dan menyusunnya mengikut turutan.

Menurutnya, sebelum ini hanya manusia dan beberapa primat lain diketahui mampu mengira.

"Penyelidikan kami bukan sahaja menunjukkan burung merpati mampu mengira, tetapi turut menunjukkan kemampuan sama seperti monyet yang sememangnya diketahui boleh mengira.

"Burung merpati mempunyai keupayaan mental yang menakjubkan," katanya dalam jurnal Sains antarabangsa.

Penyelidikan itu pada mulanya melatih haiwan itu dengan menunjukkannya 35 set daripada tiga gambar dengan setiap satunya berbeza saiz, warna dan bentuk.

Burung itu akan diberikan gandum jika berjaya mengambil gambar yang sama.

Burung itu kemudiannya diuji sama ada boleh mengingati apa yang dipelajari daripada ujian pertama itu untuk membezakan imej nombor lebih banyak serta menyusunnya mengikut turutan dan ia berjaya melakukannya.

"Walaupun keupayaannya masih jauh berbeza berbanding manusia, tetapi ia menunjukkan haiwan yang mempunyai struktur otak yang berbeza dengan manusia masih berupaya melakukan ujian mental yang kompleks dan sebelum ini hanya manusia yang difikirkan mempunyai keupayaan itu," kata Dr. Scarf. - AGENSI




P/S: Hohoho.. Burung pun dah pandai mengira sekarang! ;)

Sekian, Wassalam

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

:: MENU ::

Dunia (142) Tempatan (90) Informasi (77) Kewangan (51) Unit Amanah (44) Video (36) Artis (22) Gosip (17) Pelik (16) Misteri (14) Seram (12) Filem (10) Gambar (10) Agama (9) Muzik (9) Atlet (8) Band (7) Raja Lawak (7) Lirik (6) Segmen (6) Sukan (6) Takaful (5) Kesihatan (4) Bloglist (3) Bola Sepak (3) Hukum (3) Produk (3) Ajaib (2) Blog (2) Blogger (2) Blogging (2) Novel (2) PRS (2) Gusti (1) Kerjaya (1) Personal (1)